Sunday, November 23, 2008

YOGA HARAM

PUTRAJAYA 22 Nov. – Amalan senaman yoga secara sistematik iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam.
Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


nak tau lebih lanjut berita tu, bace sendiri.................
ish..ntah ler..nak komen lebih2 ,aku bukanlah orang yang layak..tetapi kan...BG AKU lah..kenapa isu ni yang digembar gemburkan??x dak isu lain ke? semua yang buat yoga tu, bace ke mentera2 agama lain?rasanya sekrgn ramai yg praktis yoga sbg aktiviti rekreasi jer...
rasanya skrng ni byk lagi isu2 lainyg patut diberi perhatian... bila lg nak nak cakap pasal night club ke,rumah urutab,rumah judi, dan macam2 lagi yg mmg sah2 haram...
emm..lagi satu,yg pasal rasuah ke,coruption ke, dan yg seangkatan...x HARAM ke??
skrg ni byk lagi perkara2 pasal akidah esp anak2 muda yg patot dbagi perhatian..kalu nak wat, biar btul2 dan menyeluruh and jangan HANGAT2 TAHI AYAM...
macam larangan ROKOK D TEMPAT AWAM,..ada ke sman btul2 semua org tu?rasanya x bg efek pon kat kaki2 rokok yang tegar...
tp pape pun,dah majlis tukate mcm tu,kena la terima..pape pon, tnya hati masing...
ni pada pendapat aku je lah kan...

6 comments:

  1. Salam leiah,

    Petua haram tu, haramlah. Tetapi yang menjadikan haram itu bersebab. Sebabnya mentera/jampi/ratib yang menjuruskan kepada tuhan selain dari Allah. Ini yang menjadikan seseorang insan muslim itu syirik. Tapi macam anda kata tidak semuanya yang melakukan yoga itu membaca mentera. Kalau semata-mata riadah, bagaimana?

    Bagi pendapat saya secara peribadi, bagi orang yang tahu dan arif tentang yoga tanpa amalan ritualnya dan semata-mata dilakukan untuk riadah/senaman tidak mengapa selagi tidak mengganggu iktikad. Yang pentingnya adalah iktikad.

    Selagi iman kita begitu, kepercayaan kita masih begitu dan percaya dan yakin tuhan kita adalah Allah yang satu serta Muhammad adalah Persuruh Allah tidak akan menjejaskan apa-apa. Wallahu Aklam.

    ReplyDelete
  2. yep..agreed with mountdweller..as long as the yoga being herald as an exercise to maintain ur health per se..xdak problem rasenye..
    but when it comes to combine with the threesome (mantera/jampi/ratib)..dah syirik kan..
    anyway, xpenah tau pon yoga ni ade kene bace mantera, ingatkan juz strecthing2 sume tu..

    ReplyDelete
  3. tak perlu yoga pun, solat 5 waktu is the best exercise

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. yoga dikatakan haram bukan setakat sbb mentera tp perlakuan yoga (steps)tu sdiri yg buat jd haram sbb klu x silap yoga tu lbh krg cara org hindu smayang(mcm kita smayang rukuk sujud smua tuh)..slh satu cara utk diorg mncapai 'nirvana' ke ape ntah(kelahiran smula yg elok kot)..lbh krg cmtuh le mksudnye..adela peringkat2nye..xbrape phm gak..so pikir2 sdiri laa...xkan org islam nk buat steps smayang agama lain wpon xde mentera..
    so lbh baik jgn buat kan..tol tak leiah???

    ReplyDelete