Rahsia Wook jaga suami lebih muda
-utusan melayu-
HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.
Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.
Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.
"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.
"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.
Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.
"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.
"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya....................
dalam musim ramai artis2 kat mesia ni ada masalah rumah tangga, puan wook masih ada untuk membuktikan kewujudan cinta...untuk puan wook, saya sangat kagum dengan tahap kesihatan anda....mmg btul la health is wealth...
p/s:puan azyyati - ada nak share petua x?hehe
are u kidding me? 106 yrs? wow!impressed!
ReplyDeleteperhaps die xde bende lain naik pk selain suami die..haha..
hish! tidak syak lagi aku mesti berguru dengan auntie wook!
ReplyDeleteyan - btul ,ni kisah benar..rsnya x rmai kot lelaki yg seberani mcm suami puan wook itewww..
ReplyDeleteyati - btul2...kena bt preparation awl2 b4 terlambat..hehhe