Tuesday, November 25, 2008

Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Hrkh) - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.
"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.
Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.
Beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap kerajaan yang tidak bertindak menurunkan kadar harga minyak kepada harga yang sepatutnya tatkala ekonomi rakyat semakin parah..................

ntah pape...kalau nak naik, cepat jer kate nak kena ikut harga semasa... ni harga semasa dah turun tu, turun jelah......byk plak alasan...ade ke patut takut rakyat terkejut kalau diturunkan secara mendadak...HAHHAHA..lawak ape nie?? yg betulnya kesan naik yg mendadak tu lah lg teruk..tgk,harga brg nk turun balik lg susah..dok kecoh pasarraya besar dah turun harga..brg ape yg turn?setakat biskut dlm tin, kekacang...baik tak yah kecoh sgt....
harga beras naik,suh makan ubi kayu,
harga minyak naik,suh pakai kete letrik
ni harga minyak turun , tak suruh pape ke?
kalau harga ubi kayu naik,suh makan ape plak?
haiiyaa..

No comments:

Post a Comment