Sunday, March 16, 2014

welcome back

welcome back untuk diri sendiri sebenarnya..:)..
lama sangat tak menjengah ke sini..rasenya last pon tahun 2008 atau 2009...nasib bek la password masih dapat di trace..hehe..tambah tolak dalam 5 tahun..Ya Allah..lama kan..hehe...sebenarnya dlm tempoh tu bukan la takde bace blog atau pon blogwalking...ade je cume just jadi silent reader..dek kesibukan dgn kerja yang melampau, tak sempat2 nak mencoret kat sini...dlm tempoh 5 tahun tu meme byk perubahn yang berlaku..mcm tak percaya je semua ni berlaku dlm 5 tahun..rasa mcm baru je semua lagi..

Antara perubahan major dalam idup adalah
-status diri yg bertukar dari cik kpd cik puan besar (hehe..besar badan )...

-daripada idup menumpang parents kpd tinggal di rumah sendiri(sangat mencabar okes),

-daripada kerja gomeng kepada private...Haaa...mesti ada yang kata macam pelik kan..hehe tetapi Alhamdulillah inilah pilihan yang bijak saya rasa (nanti insya Allah akan ada posting detail pasal ini sebagai panduan kepada kawan2 di luar juga) dan

-yang paling utama I'm a mama now! syukur ke atas semua rezeki kurniaan Allah ini..

-daripada takde maid kepada ada maid dan tak ada maid balik...(sempat ada pengalaman dengan main indon dan siam..nnt i.Allah ada entri jgk pasal maid dari dua2 bangsa ni, tetapi untuk quick reference,elakkan maid siam)

-dan daripada tak masak langsung kepada bolehlah masak..:)

-dulu jgk selalu jer berkira hari untuk menunggu weekend dan tak sabar2 kepada sekarang ni tak sedar pon tengok2 dah hari rabu...:) (seriously-perjalanan masa setiap minggu semakin rasa smooth dan tak sedar pon)

-pengurusan kewangan dan perancangan hidup masa depan pon makin bertambah bijak...(ini memang sangat2 berubah...hehe)


cik mek yang dah umor 2 tahun 1 bulan..:)

Saturday, October 31, 2009

sharing is caring

Friends, make sure you read this story until the end

POWER OF MONEY By Adam Khoo - Singapore's youngest millionaire at 26 yrs.

I travel around the region pretty frequently, having to visit and conduct seminars at my offices in Malaysia, Indonesia, Thailand and Suzhou (China). I am in the airport almost every other week so I get to bump into many people who have attended my seminars or have read my books.
Recently, someone came up to me on a plane to KL and looked rather shocked. He asked, 'How come a millionaire like you is traveling economy?' My reply was, 'That's why I am a millionaire. ' He still looked pretty confused. This again confirms that greatest lie ever told about wealth (which I wrote about in my latest book 'Secrets of Self-Made Millionaires'). Many people have been brainwashed to think that millionaires have to wear Gucci, Hugo Boss, Rolex, and sit on first class in air travel. This is why so many people never become rich because the moment that earn more money, they think that it is only natural that they spend more, putting them back to square one.
The truth is that most self-made millionaires are frugal and only spend on what is necessary and of value. That is why they are able to accumulate and multiply their wealth so much faster. Over the last 7 years, I have saved about 80% of my income while today I save only about 60% (because I have my wife and 2 kids, mother in law, 2 maids etc. to support). Still, it is way above most people who save 10% of their income (if! they are lucky).
I refuse to buy a first class ticket or to buy a $300 shirt because I think that it is a complete waste of money. When I joined the YEO (Young Entrepreneur's Orgn)a few years back (YEO is an exclusive club open to those who are under 40 and make over $1m a year in their own business) I discovered that those who were self-made thought like me. Many of them with net worth well over $5m, travelled economy class and some even drove Toyota's and Nissans,not Audis, Mercs, BMWs.
I noticed that it was only those who never had to work hard to build their own wealth (there were also a few ministers' and tycoons' sons in the club) who spent like there was no tomorrow. Somehow, when you did not have to build everything from scratch, you do not really value money. This is precisely the reason why a family's wealth (no matter how much) rarely lasts past the third generation. Thank God my rich dad foresaw this terrible possibility and refused to give me a cent to start my business.
Then some people ask me, 'What is the point in making so much money if you don't enjoy it?' The thing is that I don't really find happiness in buying branded clothes, jewellery or sitting first class. Even if buying something makes me happy it is only for a while, it does not last.
Material happiness never lasts, it just give you a quick fix. After a while you feel lousy again and have to buy the next thing which you think will make you happy. I always think that if you need material things to make you happy, then you live a pretty sad and unfulfilled life..
Instead, what makes me happy is when I see my children laughing and playing and learning ! so fast. What makes me happy is when I see my companies and trainers reaching more and more people every year in so many more countries. What makes me really happy is when I read all the emails about how my books and seminars have touched and inspired someone's life.
What makes me really happy is reading all your wonderful posts about how this blog is inspiring you. This happiness makes me feel really good for a long time, much much more than what a Rolex would do for me.
I think the point I want to put across is that happiness must come from doing your life's work (be it teaching, building homes, designing, trading, winning tournaments etc.) and the money that comes is only a by-product. If you hate what you are doing and rely on the money you earn to make you happy by buying stuff, then I think that you are living a life of meaninglessness.

Wednesday, September 23, 2009

sms raya

dalam ribuan(statistik paper utusan) sms raya yang dapat tahun nie, ada satu yang paling panjang & rsanya agak membuatkan aku berfikir sejenak..

kita minta kepada Tuhan setangkai bunga segar
Dia beri kaktus berduri
kita minta kupu2

diberiNya ulat berbulu
kita sedih & kecewa
namun kemudian,

kaktus itu berbunga,
indah sekali
dan ulat itu pun menjadi kupu2 yang cantik
itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya
Tuhan tidak memberi apa yang kita HARAPKAN
ttp Dia memberi apa yang kita PERLUKAN
kadang2 kita sedih, kecewa, terluka
tetapi jauh di atas segalaNya,

Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin...


kemudian bru aku trpikir byknye harapn aku terutamanya utk raya ni.
aku hrpkan keempat2 baju aku siap walaupon hnya perlukan 1 sahaja.masih hrpkan dpt tambah lg koleksi biksut raya walaupon stok sediaada cukup sehingga raya haji.masih hrpkan dpt tempah lagi carrot cake secret recipe walapon dlm fridge dah ade beberapa kek yg cukup sehingga hbis bulan Syawal,
..dan lagi byk aku berpikir,lagi byk aku sedar dah berapa byk benda yg aku rasa itu adalah keperluan sebenarnya adalah bukan keperluan sebenrnya...
oh itu baru utk bulan Syawal, bagaimana utk hidup yang lepas dan akan datang?
kadang2 kita terlalu menghrpkan sesuatu yg tidak perlu dan terlalu mnghrpkan semua yang terbaik tnpa menghrgai ape yg telah kita ada walaupon sebenrya itulah yang terbaik & akhirnya byk perkara yng terbaik dan perlu utk kita trlepas dari kita ..

Friday, August 14, 2009

teruskan



Majlis rasmi tetap diterus - MB
-utusan-
KUALA LIPIS 13 Ogos - Kerajaan negeri Pahang tidak akan menangguhkan mana-mana majlis rasmi walaupun negeri ini dilanda wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun sesuatu majlis itu ditangguhkan, tidak bermakna mereka yang dikuarantin berada di rumah atau mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan.

Malah katanya, sekiranya satu-satu majlis rasmi itu dibatalkan, ia tidak akan mengurang atau menghapuskan penularan wabak tersebut.
"Penyakit itu tidak memilih mangsa sama ada orang muda, tua atau kanak kanak tetapi ia boleh berjangkit melalui mereka yang sudah terkena jangkitan wabak tersebut," kata Adnan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Kampung Gua, Lipis di sini semalam.
Turut hadir antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO Lipis, Abu Jimi Samat.

Sebelum ini, Adnan pernah mencadangkan supaya semua sekolah di negeri ini ditutup setelah pelajar di beberapa buah sekolah dijangkiti wabak tersebut.
Namun katanya, beliau dimaklumkan oleh pihak kesihatan langkah tersebut tidak akan mengatasi atau mengurangkan penularan wabak itu disebabkan ada pelajar yang tidak dijangkiti virus berkenaan tetap keluar ke bandar dan terdedah kepada jangkitan semasa berada tempat awam.
Beliau berkata, apa yang lebih penting ialah, orang ramai perlu menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan jika dijangkiti simptom selesema, batuk, sakit tekak dan demam berpanjangan.
Tambahnya, mereka yang didapati positif H1N1 hendaklah mengasingkan diri daripada orang lain termasuk ahli keluarga sendiri.
Di negeri Pahang kata beliau, penularan wabak selsema babi masih lagi terkawal dan pihak kesihatan serta kakitangannya bertugas 24 jam bagi menghadapi dan menangani situasi tersebut.
"Tindakan pihak kesihatan semata-mata tidak bermakna jika orang ramai tidak mematuhinya dan apa yang penting kita perlu sentiasa berwaspada kerana mencegah lebih baik daripada berubat," kata Adnan.
Beliau turut menasihati peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga penutup mulut dan hidung ketika wabak tersebut dilaporkan terus menular.
"Saya menerima laporan ada sesetengah pekedai menjual sehingga RM5.00 sekeping kepada orang ramai sedangkan harga biasa hanya RM1.20 sahaja sebelum ini.
"Kita kena bertimbang rasa dan menunaikan tanggungjawab sosial ke atas masyarakat, jangan pula mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlipat ganda," kata beliau.

rsanya ni antra statemnt yg agak kurang cerdik ..(or stupid).kalo dah tau tidak semestinya mereka yang dikuarantin berada di rumah atau mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan & ada pelajar yang tidak dijangkiti virus berkenaan tetap keluar ke bandar dan terdedah kepada jangkitan semasa berada tempat awam., kena la fikirkan mcm mna nak mengatasi masalah ni...
atau pon tunggu dia nyer fmly kena dulu bru nk serius & stop givin such a stupid statemnt

Friday, July 24, 2009

jiwanya sakit

gelak besar cilok kat sini


Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit.

Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya.

Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

Saturday, July 18, 2009

Teoh Beng Hock

menakutkan...menyeramkan...mmg terasa mcm dalam filem hindi...politik di Mesia semakin maju...
ape pun, may he rest in peace & takziah kepada family...

Friday, July 17, 2009

kereta ku hilang

4.30 ptg smlm,dengan tepat trus nk blk rumh..dlm hati berdoa kereta tak kena block kerana itulah risiko skrg di HRPZ semnjk byk prking lot ditutup utk proses pembinaan bangunan baru..masalh ni tak lama sbb bangunan tu amik masa 5 tahun jeee nak siap...

smpai kat prking area kat belakng hospitl..jntung mcm nk luruh...kereta ayg biasanya dilletakkn kat situ xde...yg ada hnya daun2 kering..ya alllah...ape aku nk buat ni?? stat nk panik n gelabah tp try utk maintain kewl...lama jgk bertafakur...mula nak rsa sedih, frust,..
.tiba2 ada makcik cleaner yg aku biasa beramah mesra...


makcik: nk blk dah ke adik?
aku yg frust: a ah mkcik. (smbl2 cube cover gelabah)
makcik:awal blk, slalu x cept2 mcm...
aku yg frust:a ah, ade hal harini.(byk ckp la pulak dia ni...)
makcik:ooo...nk kuar ngn kwn ye...tunggu kwn amik kat belakng ni ek.
aku yg frust:err..ermm..x jgk...eh nape mkcik kate gitu?(cepat la blahh..nk nangis ni keta dah hilnag...)
makcik:x, sbb pagi tdi kan makcik tgk awk parkin kat depan sana tu..tp ni nk blk apsal dtg jauh2 kat blkng ni plk...
aku yg frust: ......??????................(hahhhh?btol ke aku park kat dpn tdi???)
makcik:tu mkcik kate awk tunggu kwn kat sini.
aku yg frust:a ah mkcik,amik brg je ngn kawn kt sini..ni nk blk dah ni..nk g amik keta kat depan tu....bye mkcik..blk dulu..............(tenkiu makcik...sya ni ada SHORT TERM MEMORY LOSS skitt....................)

Tuesday, July 14, 2009

cuti-cuti

harini satu kelantan dapt cuti free..utk memudahkan g mengundi bak kata tok guru...since aku tak terlibat, aku hanya bagi sokongan moral dari rumah jelah...gumbira btol dapt cuti sbb julai kan x de cuti umum..dari petang isnin, aku duk pikir2 list ape yg aku nak buat...
so kesimpulannya aku akan membereskkan kerja2 aku yg byk tak siap..

ade member ajak g picnic,aku menolak dgn alasan ada kerja, member ajak g kuar makan2,aku tolak gak sbb nk siapkan kerja..masa yg amat berguna ni...rugi la kalu g berpoya2 (dalam hati je aku berkata)..keazaman nk gunakan masa dgn btul2 berkobar2...

malamnye bila stat buat kerja skit, da ngntuk...aku tido jap, bangun balik,tido jap,bangun balik..sampai ke brapa kali entah...las2 aku kate..xpe,tido jelah,esok masih ade...esok cuti..kena kasik badan rasa gak tido awal...(nak hilangkan rasa bersalah)..

paginye lepas setel2 semua..stat nk wak keja blk..buat skit,rasa bosan..rest kjap,g tgk tv, sambung balik, rest,borak2 ngn kwan2, sambung blk, surfin jap..tp melalaut brapa jam, ttertido jap, tv...sampai brapa kitar intah..las2 keputusan diambil...tido jelah..kan ni hari cuti..bila lg nak rest...kesian kat otak dan badan tu..

mlmnye...tgk balik....dalam byk2 list benda yang nak dibuat..satu ape pon tak disiapkan...
dalam hati..kalau tau gini..baik la aku ikut diorang g kuar...duk rumah sama jer...

xpelah..tunggu lagi next by election kat kelate ni..nnt dapt lagi cuti peristiwa..time tu aku akn gunakan btol2..yeahhh rriteeee ...adoila..ni la manusia..suka bertangguh2, suka mencari alasan ...sentiasa dalam kerugiann..

Wednesday, July 8, 2009

wook againnn

Suami wanita tertua Terengganu ditahan kes dadah

HULU TERENGGANU 7 Julai - Kisah unik wanita tertua di Terengganu, Wook Kundur yang berusia 107 tahun selain mempunyai seorang suami yang jauh lebih muda, pernah menggemparkan negara.
Namun, saat manis mereka seolah-olah tidak bertahan lama apabila suaminya itu, Mohd. Nor Musa ditangkap oleh sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana disyaki menagih heroin.
Mohd. Nor, 38, ditangkap di pekarangan rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang kira-kira pukul 2.20 petang ini.
Dia didapati positif mengambil dadah jenis heroin kemudian dihantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk rawatan selama dua tahun.
Penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan Pindaan 1998.
Ketua Pegawai AADK Hulu Terengganu, Rohana Hitam berkata, ketika Mohd. Nor ditahan, isterinya, Wook tiada di rumah.
"AADK menjalankan siasatan terhadap Mohd. Nor selama dua bulan selepas mendapat maklumat orang ramai mengenai penglibatannya dengan dadah.
"Malah, dia mengaku pernah dimasukkan ke Pusat Serenti Tampin, Negeri Sembilan," katanya di sini hari ini.
Pasangan suami isteri itu pernah mendapat liputan meluas apabila berkahwin pada tahun 2005 dan hidup bahagia walaupun berbeza jarak usia hampir 69 tahun.
Ia adalah perkahwinan pertama Mohd. Nor manakala yang ke-22 buat Wook. Bagaimanapun hasil perkahwinan pasangan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Menurut Rohana, Mohd. Nor dihantar ke Puspen selepas dia sendiri sanggup untuk menjalani rawatan di pusat pemulihan itu.
Katanya, sekiranya berkelakuan baik dan menunjukkan pemulihan, Mohd. Nor boleh dibebaskan lebih awal.
Sementara itu, Wook berkata, dia berharap suaminya cepat berubah untuk kembali pulih selain bertaubat serta sentiasa mengingati tuhan.
"Dulu memang dia kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa. Tapi hari ni, ada orang datang beritahu dia kena tangkap, kena gari.
"Saya memang sedih tapi nak buat macam mana, eloklah dia berubat dulu," katanya ketika ditemui di pejabat AADK di Ajil.
Walaupun Mohd. Nor ditangkap, Wook tetap memaafkan suaminya dan bersedia menerimanya kembali.
Menurutnya, dia sempat mengirimkan tasbih, kain pelikat dan kopiah kepada suaminya itu.

alahaiiii ...................... makhluk2 addicts ni.....setiap ada luang nak diambil nye....
mmg jahat samapi mati kott..
p/s to makcik wook..: pls ,..makcik,.never trust him again..hbiskan sisa umur yg tinggal dgn sebaik2nya....juz appreciate urself..

Saturday, July 4, 2009

5 tahun

Ptg tadi, semua fmly dikejutkan dengan berita anak buahku – Yanis(5 tahun) disengat tebuan. Alhamdulillah semua nya okay setelah g klinik. Sampai di rumah, aku pun sebuk meng interview nya.

Aku: Yanis, sakit ke ?

Yanis:Sakit la. Nasib baik Yanis tak mati.

Aku: Kalau mati,jadi ape?Tak pe lah mati kan (aku cuba untuk provoke). Masuk kubur je kan.

Yanis:Yelah, Yanis x pe masuk kubur. Sbb nnt dlm kubur, masuk syurga. Dalam syurga ada coklat banyak, ada kopok byk, ada gula-gula byk, ....

Aku: (memotong ayat Yanis)... A a, btol tu Yanisss, nnt bunga2 kat sana pon boleh makan sbb buat dgn coklat, pokok2 plak buat dgn kopok yang byk Yanisss...best woo...(sekadar menambah keimanan Yanis). Chewing gum pon bykkk...

Yanis: Yeke Cik Lie?

Aku: iyee Yanis....(menambah keimanan Yanis lagi)

Yanis: Mmg la best Cik Lie, tapii....

Aku: Tapi ape Yanis? X suka ke nak g syurga ke?(saja je aku nak provoke lagi)

Yanis: .....(Dengan selambanya)Tapi kalau Yanis mati, nnt ibu Yanis jadi x de anak la pulak..Kesiannn ibu....Nnt dia sedih. Yanis ok, sbb kat dlm syurga dah ada byk coklat, kopok...

Aku: ..Hah??....................terdiam terus....
(Dalam hati: Ya Allah, adakah aku dah se ready Yanis untuk mati?Sebesar2 aku pon, aku takot gak nak mati nieh...Tq Yanis, sbb tolong igtkan Cik Lie ! )