Arak: Dewan Ulama Pas kecewa keputusan Selangor
-utusan melayu-
KOTA BHARU 27 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud hairan dengan Kerajaan Selangor yang terlalu sukar untuk menerima cadangan parti itu berhubung peraturan membataskan jualan minuman beralkohol di negeri tersebut.
Beliau berkata, cadangan peraturan tersebut hanya melibatkan umat Islam dan tidak timbul masalah dengan masyarakat beragama lain kerana mereka masih bebas mengamalkan cara hidup sendiri.
“Pas tidak mempunyai kuasa ke atas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun kita sama-sama berada dalam pakatan pembangkang, jadi kita hanya mampu memberikan cadangan dan terpulang kepada kerajaan yang memerintah untuk menerimanya.
“Keputusan berhubung peraturan penjualan minuman keras dan mengurangkan premis judi di lima buah negeri pakatan pembangkang dibuat ketika muktamar tahunan parti Pas baru-baru ini, dan ia memang menjadi hasrat parti untuk melihat negeri-negeri di bawah pakatan untuk melaksanakannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan campuran Selangor di bawah pimpinan PKR yang menolak usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan arak berkuat kuasa Januari depan.........
ler..x jadik pulak..ni yg susahnya bile terikat mcm ni...agaknya diorng ni bleh bersama pon sbb berkongsi MUSUH yang sama je kot...yg ada kuasa besar dulu2 pon, dah terlwat dah...ntah ler..
Suara bantahan yang selari dengan Anwar. Saya pun tidak faham apa yang difkirkan oleh Anwar. Islam jenis apakah yang membantah untuk dihadkan bukan mengharamkan sebenarnya pada fahaman saya.
ReplyDeleteinilah yg jadiknya bila sebelah kaki dah terikat...
ReplyDelete