Tuesday, November 25, 2008

'Saya terdesak'

dari utusan
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Suasana Mahkamah Sesyen di sini hari ini bertukar sayu apabila bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya, Zaharah Jaafar yang mengaku melakukan pecah amanah RM95,500 mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman sambil menangis teresak-esak.
Semua yang hadir turut merasa simpati dan ada mengalir air mata semasa wanita yang mendakwa menghidap kanser pangkal rahim itu membacakan rayuan berpandukan satu nota yang ditulisnya.
''Saya reda dengan apa yang telah terjadi, sampai mati pun saya tetap mengaku kesilapan saya dan saya benar-benar bertaubat. Saya minta diberi peluang untuk perbaiki kesilapan.
''Saya juga akan ingatkan zuriat saya agar tidak lakukan kesilapan yang sama kerana ini dosa yang amat besar dan dosa yang amat pedih,'' rayu Zaharah.
Menurut tertuduh, beliau terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana keadaan yang mendesak walaupun ia bukanlah sesuatu yang diinginkan dalam hidupnya.
Kata Zaharah, beliau juga kesal dengan tindakan bodoh yang akhirnya memakan diri apabila reputasi yang dijaga selama 20 tahun di Pos Malaysia musnah begitu sahaja akibat kesilapan tersebut.
''Akhirnya, impian dan cita-cita anak bongsu saya turut musnah apabila dia terpaksa tinggalkan pengajian untuk membantu keluarga serta menampung perbelanjaan pengajian kakaknya di universiti. Dia sanggup lakukan apa saja untuk kakaknya.
''Saya sangat memerlukan sokongan dan saya berharap agar sentiasa dapat bersama anak bongsu saya. Mungkin permintaan saya agak keterlaluan, tetapi dengan budi bicara mahkamah, harap dapat benarkan saya habiskan sisa-sisa hidup di sisi keluarga,'' katanya lagi.............

kesian la plak bila baca duit tu digunakan utk ape...bilalah semua pesakit kancer akan dapt latest treatment free of charge.... mcm obat2 utk hiv gak..ni samapai pinajm along utk treatment ,mmg kesian,,tp itulah..,matlamt x menghalalkan cara...
p/s:hakim2, x bleh tolon 'adjust2' ke?

2 comments:

  1. Susah juga nak cakap. Seorang insan yang malang terpaksa mencuri untuk rawatan. Apa kata menteri yang berkenaan?

    ReplyDelete
  2. setakat tak dengar pape lg dari mana2 pihak..maybe kena masuk rancangan tv mana2 dulu, baru lah berbondong-bondong bantuan sampai...

    ReplyDelete