Sunday, November 30, 2008

MELAYU lagi dan lagi dan lagi

Jangan cabar Ketuanan Melayu - Khaled Nordin
-utusan malaysia-
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyelar pihak yang cuba mengelirukan konsep ketuanan Melayu dengan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab. Tegasnya, konsep ketuanan Melayu tidak ada kena mengena dengan hubungan tuan dengan hamba tetapi merujuk kepada asal usul negara ini dan kaum pribuminya daripada keturunan Melayu. ''Apa pun dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memihak kepada orang Melayu asalnya daripada sejarah itu dan bukan kerana ketuanan Melayu........................................

Syed Hamid: Bukan 'jenaka yang boleh dipermainkan'
-utusan malaysia-
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Orang Melayu perlu bangkit dan menghentikan segala bentuk kritikan daripada kaum lain yang mahu menolak konsep ketuanan Melayu di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan kesedaran daripada orang Melayu perlu bagi memberi amaran kepada semua pihak bahawa perkara berkaitan ketuanan Melayu bukanlah 'jenaka yang boleh dipermainkan'.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengingatkan kaum lain supaya tidak menganggap seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai rasa sensitif dengan terus mempertikaikan hak mereka. ''Jangan ingat orang Melayu senyap selama ini bermakna tidak berperasaan. Kita tidak mahu berpeluk tubuh lagi dan kini mahu bangkit menegakkan hak yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa............................................................


Lebih baik jadi pembangkang - Hishammuddin
-utusan malaysia-
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara. Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.
(................selanjutnya.............baca sendiri................)

aduila...busan btul,hari2 dlm paper pasl melayu,melayu dan melayu.bila lah nak abis pot pet pot pet smua ni & stat bekerja smua...ni la skrg masanya nak bangunkan kembali dah tau melayu lah yang paling teruk,miskin-majoriti gaji bawah seribu (ye ke?,cam gini lagi selepas 5o tahun lebih merdeka??..), paling x pandai english dan paling suma2 lah...ape kate tumpukan je lah utk bangunkan balik melayu ni tanpa ada provokasi kat kaum2 lain..
ni tak,ketuanan melayu situ,sini...alih2 melayu jugak yang paling tinggi hisap dadah, edar dadah, merempat, kebulur, xde rumah, x de gaji & pape lah...biarlah kita ni ada pencapaian yg bleh wat org lain jadi suspek (respek) skit kat kita..ni x, makin hari makin kena gelak adalah....x kan zaman skrg ni, org len dah pakai pistol, kita duk lagi dgn keris yg mcm2 lok tue?...

sebetulnya bila tau majoriti melayu gaji bawah RM1K,cube renung blk sistem mana yang x btul dan kat mana nak dibetulkan..tak kan lah bile melayu gaji bwah RM1K, kita nak suh kaum2 lain slow down skit n bagi jaln so tat gaji diorng lg rendah dari seribu?? patutnya kita usaha kan ape2 so tat melayu semua pon dpt pendapatan sebagus diorng....dah bangsa2 lain rajin meniaga,kita nak marah kat sape bila melayu yg jadi majoriti miskin??? diorng rajin meniaga,tu hak diorng..kita boleh truskan ssama2 berusaha dgn lebih tekunnn...bukanya duk buat provokasi mcm2...klakar lah....

time keje pon,kdg2 perangai melayu sendiri buat aku menyampah & nak termuntah2...keje malas, tp pangkat & duit nak...keje x nak buat,tp pandai jd kaki bodek,kaki ampu,kaki mcm2 lg....nk di compare kan dgn kaum2 lain yg mmg rajin wat keje tnpa pedulikan nk amou bos ke, nk bodek ke...x kan la diorng ni yg keje btul2,kita kena kondem diorng jugak semata2 diorng bukan melayu & mereka2 yg kaki malas bekerja ni , walaupun x buat keje sgt,kita ke tabik semata2 diorng ni ada titlle Melayu kat atas dahi diorng??? melayu2 yg mcm inilah kalau boleh aku nak campak2 kat dalam laut ke, x pun campak kat dalam hutan,bg gajah makan...baru padan muka...............org2 ginilah yg jdik pengkhianat bangsa sbnrnya...........

p/s:aku bukan anti melayu n x sayang bangsa, tp kdg2 bangsa2 kita ni jugak lah yg berperangai mcm %^&&*...aku anti melayu yang bangang jer.......

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
-cilok dari org len -

6 comments:

  1. Itulah masalahnya dengan orang kita. Uncle juga kadang-kadang tu keliru, apa yang dilabelkan mereka ni.

    Melayu dan Islam.

    Melayu dipegang Islam dibuang. Sebab perangai macam pagan. Islam pula tidak diamalkan.

    ReplyDelete
  2. yup,btul tu uncle.100% setuju...kdg2 trmalu kat ofismate yg non-malay bile dikalangan melayu2 tulah mcm2 perangai yg memalukan diamalkan oleh mereka...las2 memalukan melayu & islam sendiri.

    ReplyDelete
  3. i pn menyampah jgk ngn melayu2 yg mentaliti tah pape tuh..bile la nk advance sket corak pemikiran dorang ni??

    ReplyDelete
  4. Macam pernah dengar jah bebelan pasal ofis mu tuh... hahahaah
    betul2, aku pun malu juga. tu lah melayu. keje malas, tup2 dapat anugerah pekerja cemerlang!
    bengong.

    ReplyDelete
  5. mak su
    agree wt u too

    kawan_you
    jom sma2 mentongsampahkan org2 yg cam sampah ni..:)

    azyyati
    eh xde..xde...xde pape...kitorng ok jer...(sindrom melayu-klau nafikan tu,adalah brmaksud disebaliknya)..hahha

    ReplyDelete