Wednesday, November 26, 2008

ARAK

Arak: Kejayaan pertama PAS di Shah Alam

-malaysiakini

kemaskini 2:13pm Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.

Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada Malaysiakini hari ini.

Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS - salah sebuah parti komponen Pakatan - untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.
Sebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.
Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.
Menurut sumber-sumber MBSA lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga premis - kedai runcit, restoran dan kedai serbaneka 24 jam - akan disemak semula.
"Mereka perlu mengemukakan rayuan yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pelesenan yang juga dianggotai ahli MBSA," kata sumber-sumber tersebut.

Semakan semula lesen
Bagaimanapun, tambah sumber-sumber, semakan semula ini tidak melibatkan premis lain seperti hotel, kelab malam, kedai ubat Cina, pasaraya besar dan jualan oleh pemborong.

Semakan semula lesen itu akan mempertimbangkan faktor lokasi tempat ia beroperasi dan maklum balas orang awam..............baca selanjutnya sendiri...............

satu langkah yang bagus untuk permulaan..nnt bleh la plak wat kat hotel, kelab malam,kedai ubat cina, (kedai ubat melayu ada ke?), pasar raya besar, etc.....tp yg sebenrnya, diri sendiri jugak yg penting...kalau kita sendiri tak nak, tayang mcm mana pon tak berhasil jugak kan....tp kalau non muslim nak minum,jgn dihalang lah hak mereka..kita setakat bg nasihat kerana
dari segi perubatan pon mmg x bagus kan ..lama2 jadik cirrhosis liver(penyakit hati)...

p/s:tp kat kelantan pun bukan nye x de muslim yang minum...(nauzubilah..mintak jauh)

3 comments:

  1. salam leiah,

    Mula tu uncle pun berketa bagus dan ada kesan bagi PAS berada di dalam Kerajaan Negeri Selangor tetapi malam tadi dari berita internet juga Tan Sri Khalid dan PKR membantah dan perkara itu ditangguh dulu kononnya kerana menjaga sensitiviti kaum lain.

    Inilah masalahnya bila kita terikat sangat dengan undi geng kafir ni.

    ReplyDelete
  2. Dan terima kasih kerana selalu buat kunjungan ke blog uncle

    ReplyDelete
  3. itulah masalah..
    sepatutnya semasa ada kta masih ada kuasa yg byak, digunakan dgn sebaik2 nya pd masa itu.sekrg trpaksa lah menanggung akibatnya..
    SAMA2 Uncle..:)

    ReplyDelete