Sunday, November 30, 2008
MELAYU lagi dan lagi dan lagi
-utusan malaysia-
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyelar pihak yang cuba mengelirukan konsep ketuanan Melayu dengan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab. Tegasnya, konsep ketuanan Melayu tidak ada kena mengena dengan hubungan tuan dengan hamba tetapi merujuk kepada asal usul negara ini dan kaum pribuminya daripada keturunan Melayu. ''Apa pun dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memihak kepada orang Melayu asalnya daripada sejarah itu dan bukan kerana ketuanan Melayu........................................
Syed Hamid: Bukan 'jenaka yang boleh dipermainkan'
-utusan malaysia-
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Orang Melayu perlu bangkit dan menghentikan segala bentuk kritikan daripada kaum lain yang mahu menolak konsep ketuanan Melayu di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan kesedaran daripada orang Melayu perlu bagi memberi amaran kepada semua pihak bahawa perkara berkaitan ketuanan Melayu bukanlah 'jenaka yang boleh dipermainkan'.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengingatkan kaum lain supaya tidak menganggap seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai rasa sensitif dengan terus mempertikaikan hak mereka. ''Jangan ingat orang Melayu senyap selama ini bermakna tidak berperasaan. Kita tidak mahu berpeluk tubuh lagi dan kini mahu bangkit menegakkan hak yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa............................................................
Lebih baik jadi pembangkang - Hishammuddin
-utusan malaysia-
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara. Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.
(................selanjutnya.............baca sendiri................)
aduila...busan btul,hari2 dlm paper pasl melayu,melayu dan melayu.bila lah nak abis pot pet pot pet smua ni & stat bekerja smua...ni la skrg masanya nak bangunkan kembali dah tau melayu lah yang paling teruk,miskin-majoriti gaji bawah seribu (ye ke?,cam gini lagi selepas 5o tahun lebih merdeka??..), paling x pandai english dan paling suma2 lah...ape kate tumpukan je lah utk bangunkan balik melayu ni tanpa ada provokasi kat kaum2 lain..
ni tak,ketuanan melayu situ,sini...alih2 melayu jugak yang paling tinggi hisap dadah, edar dadah, merempat, kebulur, xde rumah, x de gaji & pape lah...biarlah kita ni ada pencapaian yg bleh wat org lain jadi suspek (respek) skit kat kita..ni x, makin hari makin kena gelak adalah....x kan zaman skrg ni, org len dah pakai pistol, kita duk lagi dgn keris yg mcm2 lok tue?...
sebetulnya bila tau majoriti melayu gaji bawah RM1K,cube renung blk sistem mana yang x btul dan kat mana nak dibetulkan..tak kan lah bile melayu gaji bwah RM1K, kita nak suh kaum2 lain slow down skit n bagi jaln so tat gaji diorng lg rendah dari seribu?? patutnya kita usaha kan ape2 so tat melayu semua pon dpt pendapatan sebagus diorng....dah bangsa2 lain rajin meniaga,kita nak marah kat sape bila melayu yg jadi majoriti miskin??? diorng rajin meniaga,tu hak diorng..kita boleh truskan ssama2 berusaha dgn lebih tekunnn...bukanya duk buat provokasi mcm2...klakar lah....
time keje pon,kdg2 perangai melayu sendiri buat aku menyampah & nak termuntah2...keje malas, tp pangkat & duit nak...keje x nak buat,tp pandai jd kaki bodek,kaki ampu,kaki mcm2 lg....nk di compare kan dgn kaum2 lain yg mmg rajin wat keje tnpa pedulikan nk amou bos ke, nk bodek ke...x kan la diorng ni yg keje btul2,kita kena kondem diorng jugak semata2 diorng bukan melayu & mereka2 yg kaki malas bekerja ni , walaupun x buat keje sgt,kita ke tabik semata2 diorng ni ada titlle Melayu kat atas dahi diorng??? melayu2 yg mcm inilah kalau boleh aku nak campak2 kat dalam laut ke, x pun campak kat dalam hutan,bg gajah makan...baru padan muka...............org2 ginilah yg jdik pengkhianat bangsa sbnrnya...........
p/s:aku bukan anti melayu n x sayang bangsa, tp kdg2 bangsa2 kita ni jugak lah yg berperangai mcm %^&&*...aku anti melayu yang bangang jer.......
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
-cilok dari org len -
Friday, November 28, 2008
ARAK lagi...
-utusan melayu-
KOTA BHARU 27 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud hairan dengan Kerajaan Selangor yang terlalu sukar untuk menerima cadangan parti itu berhubung peraturan membataskan jualan minuman beralkohol di negeri tersebut.
Beliau berkata, cadangan peraturan tersebut hanya melibatkan umat Islam dan tidak timbul masalah dengan masyarakat beragama lain kerana mereka masih bebas mengamalkan cara hidup sendiri.
“Pas tidak mempunyai kuasa ke atas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun kita sama-sama berada dalam pakatan pembangkang, jadi kita hanya mampu memberikan cadangan dan terpulang kepada kerajaan yang memerintah untuk menerimanya.
“Keputusan berhubung peraturan penjualan minuman keras dan mengurangkan premis judi di lima buah negeri pakatan pembangkang dibuat ketika muktamar tahunan parti Pas baru-baru ini, dan ia memang menjadi hasrat parti untuk melihat negeri-negeri di bawah pakatan untuk melaksanakannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan campuran Selangor di bawah pimpinan PKR yang menolak usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan arak berkuat kuasa Januari depan.........
ler..x jadik pulak..ni yg susahnya bile terikat mcm ni...agaknya diorng ni bleh bersama pon sbb berkongsi MUSUH yang sama je kot...yg ada kuasa besar dulu2 pon, dah terlwat dah...ntah ler..
BOGEL: sila kan
-utusan melayu-
SHAH ALAM 28 Nov. — Polis menegaskan tidak akan melayan sebarang permohonan permit daripada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka bercadang mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu permohonan permit daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.
“Kita tunggu dan lihat permohononan permit bagi mengadakan demonstrasi ini...nak tengok macam bogel mereka nak buat...tak kan lah orang nak memohon semata-mata untuk berbogel.
“Kalau niat mereka semata-mata untuk itu (berbogel di khalayak umum), maka polis tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan daripada mereka... kalau nak bogel, bogellah di bilik rumah sendiri...yang itu boleh,” ........................
x pun cakap je gini..silakan kalau tuan2 (errk..puan x de kan??) semua nak berbogel...kita akan panggil wartawan dari segenap ceruk supaya ambik gamba close up setiap inci tubuh encik ,dan letak kat muka depan semua paper tanpa bahagiann muka di blurr kan....sila2 ..sila berbogel kat situ...dan kita akan buat pagar kat kiri kanan ala2 red carpet tu...
hah amik korang...then tgk sapa yg sanggup berbogel di depan bangunan...x ke sejuk kalau kena dek water cannon tue....ok gak kot,bleh tgk free show...hehhe..
C.I.N.T.A luar biasa
-utusan melayu-
HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.
Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.
Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.
"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.
"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.
Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.
"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.
"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya....................
dalam musim ramai artis2 kat mesia ni ada masalah rumah tangga, puan wook masih ada untuk membuktikan kewujudan cinta...untuk puan wook, saya sangat kagum dengan tahap kesihatan anda....mmg btul la health is wealth...
p/s:puan azyyati - ada nak share petua x?hehe
Thursday, November 27, 2008
dicucuk besi
-harian metro-
MUAR: Angkara gatal tangan atau ingin mengusik, seorang penunggang motosikal tidak semena-mena mencucuk dua wanita yang membonceng motosikal menggunakan besi panjang hingga menyebabkan mereka cedera dalam kejadian berhampiran bulatan Jalan Khalidi di sini, malam kelmarin.Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, dua pembonceng itu dihampiri penunggang motosikal bertopi keledar penutup muka penuh yang tiba-tiba muncul dari arah belakang.Seorang mangsa, Rozita Kamarulzaman, 31, berkata dia membonceng motosikal ditunggang adiknya Aishah, 23, dalam perjalanan menuju ke bandar apabila sebuah motosikal dari belakang cuba mencucuknya dengan besi panjang.“Saya terkejut apabila penunggang motosikal itu tiba-tiba mencucuk saya dengan besi. Saya cuba menepis tetapi terkena sedikit menyebabkan luka di bahagian siku kanan,” katanya.................
salam simpati kpd mangsa2.
kesian dekat mangsa tu, mesti panik.
tp lepas tu, aku gelak sorang2 bile baca berita nie,smbil lunch kt ofis td..hehehe....bila duk pikir ,ape MOTIF laki tu buat mcm gitu....last2 aku trgelak lagi....
masa nak blk tdi pon,bila kat trafiklight,aku tgk pompuan naik motor,trigt lg kat brita ni...gelak sorng2 lg kat dlm kereta..hehhe...pelik2 la perangai lelaki zaman skrg nie..
nasib baik lelaki itu tidak meragut beg mangsa..
pengajaran:smua mesti berhati2 kat jln raya ye...
Wednesday, November 26, 2008
ARAK
| Arak: Kejayaan pertama PAS di Shah Alam -malaysiakini kemaskini 2:13pm Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan. Semakan semula lesen satu langkah yang bagus untuk permulaan..nnt bleh la plak wat kat hotel, kelab malam,kedai ubat cina, (kedai ubat melayu ada ke?), pasar raya besar, etc.....tp yg sebenrnya, diri sendiri jugak yg penting...kalau kita sendiri tak nak, tayang mcm mana pon tak berhasil jugak kan....tp kalau non muslim nak minum,jgn dihalang lah hak mereka..kita setakat bg nasihat kerana p/s:tp kat kelantan pun bukan nye x de muslim yang minum...(nauzubilah..mintak jauh) |
Tuesday, November 25, 2008
'Saya terdesak'
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Suasana Mahkamah Sesyen di sini hari ini bertukar sayu apabila bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya, Zaharah Jaafar yang mengaku melakukan pecah amanah RM95,500 mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman sambil menangis teresak-esak.
Semua yang hadir turut merasa simpati dan ada mengalir air mata semasa wanita yang mendakwa menghidap kanser pangkal rahim itu membacakan rayuan berpandukan satu nota yang ditulisnya.
''Saya reda dengan apa yang telah terjadi, sampai mati pun saya tetap mengaku kesilapan saya dan saya benar-benar bertaubat. Saya minta diberi peluang untuk perbaiki kesilapan.
''Saya juga akan ingatkan zuriat saya agar tidak lakukan kesilapan yang sama kerana ini dosa yang amat besar dan dosa yang amat pedih,'' rayu Zaharah.
Menurut tertuduh, beliau terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana keadaan yang mendesak walaupun ia bukanlah sesuatu yang diinginkan dalam hidupnya.
Kata Zaharah, beliau juga kesal dengan tindakan bodoh yang akhirnya memakan diri apabila reputasi yang dijaga selama 20 tahun di Pos Malaysia musnah begitu sahaja akibat kesilapan tersebut.
''Akhirnya, impian dan cita-cita anak bongsu saya turut musnah apabila dia terpaksa tinggalkan pengajian untuk membantu keluarga serta menampung perbelanjaan pengajian kakaknya di universiti. Dia sanggup lakukan apa saja untuk kakaknya.
''Saya sangat memerlukan sokongan dan saya berharap agar sentiasa dapat bersama anak bongsu saya. Mungkin permintaan saya agak keterlaluan, tetapi dengan budi bicara mahkamah, harap dapat benarkan saya habiskan sisa-sisa hidup di sisi keluarga,'' katanya lagi.............
kesian la plak bila baca duit tu digunakan utk ape...bilalah semua pesakit kancer akan dapt latest treatment free of charge.... mcm obat2 utk hiv gak..ni samapai pinajm along utk treatment ,mmg kesian,,tp itulah..,matlamt x menghalalkan cara...
p/s:hakim2, x bleh tolon 'adjust2' ke?
Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter
Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.
"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.
Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.
Beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap kerajaan yang tidak bertindak menurunkan kadar harga minyak kepada harga yang sepatutnya tatkala ekonomi rakyat semakin parah..................
ntah pape...kalau nak naik, cepat jer kate nak kena ikut harga semasa... ni harga semasa dah turun tu, turun jelah......byk plak alasan...ade ke patut takut rakyat terkejut kalau diturunkan secara mendadak...HAHHAHA..lawak ape nie?? yg betulnya kesan naik yg mendadak tu lah lg teruk..tgk,harga brg nk turun balik lg susah..dok kecoh pasarraya besar dah turun harga..brg ape yg turn?setakat biskut dlm tin, kekacang...baik tak yah kecoh sgt....
harga beras naik,suh makan ubi kayu,
harga minyak naik,suh pakai kete letrik
ni harga minyak turun , tak suruh pape ke?
kalau harga ubi kayu naik,suh makan ape plak?
haiiyaa..
Monday, November 24, 2008
Sindiket edar dadah RM1 juta tumpas
Dalam serbuan pukul 7.30 malam di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Megah Ria dekat sini, polis turut merampas sepucuk pistol automatik jenis Sportarm bersama 56 butir peluru.....
yeah rite!!...berjuta-juta kali tumpas pon , masalah drug addiction ni x kan setel..makin bertambah adalah..sampi skrg pon,nak halang diorang x bleh, n the only way terpaksa lah wat program harm reduction jer YAKNI nak kurangkan kemudaratan kat org lain...so kenalah bg jarum free, dadah gantian free,condom free n byk lg yang free..
dah dapt byk brg free pon diorng ni x reti2 nak insaf...ikutkan hati,gather diorng kat satu tempat (pulau mana2 ke) dan kita kasik BOMMM aje....xpon,ikutkan hati,letak arsenik ke ,ape ke then biar goal slow2...HEHEHE..x baik la plak mcm ni...buatnya org2 yang kurang bernasib baik tu adalah kaum kerabat keluarga kita(nauzubillah...mintak jauh),
mesti kita pon akan x nak jugak dibuat cam gitu...
tp biasalah..kita kan manusia..kdg2 mesti akan ada fikiran yang jahat & mesti ada tahap kesabaran jugak kn..
tdi sebenrnya geram gila kat SATU ..errmm how shud i say...oklah...SEORG pesakit ni...igtkan dah ok lepas amik terapi gantian..tgk2 td dtg balik mcm org skizo........siap TERIAK2 kat aku suh aku yg minum ubat dia ... siap menghempas2 kan gelasnya................
aku pun kata :eh eh...@!*&# btul mangkuk ni...apa kes aku nak plak nak kena amik bnda tue..dah ko yg x btuk,ko lah amik... x sedar diri btul...letak racun kang...x pasal2 ko yang menderita...jgn main2...senang lg kerja aku kalo ko xde...kecik2 x nak ###,besar2 nyusahkan org....
BUZZZZZZZ............rupa2nya tu dialog dlm minda aku jer...kalau lah aku dpt ckp gitu btul2 depan dia...sah2 aku yang kena buang kerja...heheh...
duk mem^&^%$# dalam hati jer..last2 hati aku yg jugak bengkekkk....
last2 dapt tau..rupanya makhluk allah ni baru jer hidu gam(klate: isak gae)..dah seminggu straight ..so dlm hati aku kate,nasib baik aku berdiam diri jer..sbbnya org yg hidu gam ni,bila tgk org tp minda dia TAK AKAN kate tu org..sebaliknya akan nampak makhluk2 lain..aku pon malas nak tnya dia nampak ape...kang x pasal2 plak keluar citer yg pelik2...hehehe..
so the best solution-kitorng pon refer la dia kat specialist dan tunggu arahan selanjutnya...(sian plak specilist tu...at least kitorng bila dah kat dead end,bleh pass kt dia..kalau specilist tu sendiri x larat,kat sape plak dia nak pass??...lantak le,kalu x, x dpnggil special la plak kan...)hehhe
kesimpulannya 1.bilangan org yang terlibat dgn substance abuse ni makin ramai dan yang paling SEDIHNYA..majoriti adalah bangsa MELAYU kita...rsanya masalh2 ginilah yang
patot diutamakn dan di ape yer...di FIGHT kan btul2......
dok gegang2 psal KETUANAN MELAYU...tp realitinya....PIKIR SENDIRI..2.kerja lah dgn ikhlas hati,btulkan niat (sesi nak motivate diri sendiri...) hehe..
*gegang = kecoh
Sunday, November 23, 2008
Matematik, Sains dalam BI wajar diteruskan
Beliau berkata, PPSMI bertujuan melengkapkan pelajar di sekolah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik sekali gus menguasai bahasa Inggeris yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.
"PPSMI itu perlu diteruskan supaya pelajar kita tidak ketinggalan. Bukan bertujuan untuk mengabaikan bahasa Melayu, tetapi sebagai contoh, bidang sains yang dipelopori negara luar menerbitkan buku-buku dalam bahasa Inggeris.............
berita selanjutnya bace sendiri....
yg pasal isu ni pon satu...mmg bagus awal2 ajar dlm english,tpi kesian kat budk2 kat luar bandar..... yang mak bapak pon tau bace skit2 , tak pon yang tau bace ,kena g menoreh getah,tanam padi, dan mcm2 kerja lagi yg mmg memerah keringat dan kalu x wat,x de duit
diorang ni mmg x mampu nak ajar anak2 kat rumah utk speaking n kalau tgk masa test n exam english pon,mmg kesian...jgn kate -ni zaman moden,semua rakyat malaysia dah maju ,moden, mampu nak didik n ajar anak msg2...
kalau sape ckp mcm tu,mmg tipu...pergi turun padang sendiri,tgk kat kampung2...mcm mana keadaan budak2 tu..subjek yg dalm bahasa melayu pon terkejar2 nak katam...tgk kat bandar2 yelah,dgn byk kemudahan,tuisyen sana sini ,etc...
ni kalau basic sains pon stakat faham2 gitu2 jer,mcm ne nak bg budak2 tu ada basic yg kukuh?at least kalu mase kat sekolh rendah basic diorng dah kuat, so g peringkat yg tinggi skit pon dah ok sbb diorng ada basic yg kuat.n masa diorng dah kat peringkat lebih tinggi tu, masa tu dah kira matang ,so bleh la diorng usahakan mcm mna nk switch kan dlm english....
ni kalau masa sekolah lg duk main hafal jer sbb nak dlm ayat english yg cantik, then bnda ni akan trbawa2 samapi la ke seterusnya...ni kalau basic kita kuat,campak la kat mana2 pon,insya allah boleh...
kita kena terima x semua budak2 akan berusaha utk meningkkat kemahiran dlm english..dah nama nya pon budak2...rsa mcm susah...letak buku kat tepi n lg best diorng g main....ni pon mcm semangat n minat mereka utk blaja terbunuh (hehe...extreme la plak word ni).......
jgn kata,xpe...budak2 ni akan dibantu oleh cikgu2 dan komputer yang akan dibekalkan ke
sekolah....yg ni pon tipu jugak........... byk lg budak2 kat kg yg x pandai guna komputer...nak harapkan sentuh komputer skit2 masa kat sekolah,jgn haraplah...setakat kenal mana monitor,mana tikus,mana ekor bleh la....
YOGA HARAM
Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
nak tau lebih lanjut berita tu, bace sendiri.................
ish..ntah ler..nak komen lebih2 ,aku bukanlah orang yang layak..tetapi kan...BG AKU lah..kenapa isu ni yang digembar gemburkan??x dak isu lain ke? semua yang buat yoga tu, bace ke mentera2 agama lain?rasanya sekrgn ramai yg praktis yoga sbg aktiviti rekreasi jer...
rasanya skrng ni byk lagi isu2 lainyg patut diberi perhatian... bila lg nak nak cakap pasal night club ke,rumah urutab,rumah judi, dan macam2 lagi yg mmg sah2 haram...
emm..lagi satu,yg pasal rasuah ke,coruption ke, dan yg seangkatan...x HARAM ke??
skrg ni byk lagi perkara2 pasal akidah esp anak2 muda yg patot dbagi perhatian..kalu nak wat, biar btul2 dan menyeluruh and jangan HANGAT2 TAHI AYAM...
macam larangan ROKOK D TEMPAT AWAM,..ada ke sman btul2 semua org tu?rasanya x bg efek pon kat kaki2 rokok yang tegar...
tp pape pun,dah majlis tukate mcm tu,kena la terima..pape pon, tnya hati masing...
ni pada pendapat aku je lah kan...
Saturday, November 22, 2008
monday morning blues..
esok kembali bekerja,selepas 4 hari menghabiskan cuti tahunan yg masihh byk ...hehhe..
malsnyo rasa...bila lah aku boleh dok d rumah aje tapi duit masukk..hehhe...mimpi jelah kot...
serius..bila dah keje,baru tau rupanya x best mana pon..tp nak smbung blaja blk,mcm dah ada unsur2 kemalasan..hehe..tunggu lah dulu,bile keje2 aku kat sini beres..(boleh ke kerja2 tu di habiskan?).....
x laratnya bile ing esok g hospital,kna mengadap lagi muka patient patient ku yang menunggu dengan penuh patient...(yeah rite!!!)..
tapi nak wat camne kan....ni lah punca rezeki aku ..komen byk2 kang jadi x bersyukur
plak..sekurang2 nya aku dapt rezeki halal untuk makan hasil dari kerja nie...kat luar sinun ramai lg org yang kurang bernasib baik...
tp yang aku x suka kat tempat kerja bukn patient2 nya...tp aku paling benci politik d situ..so sbb
tu lah kat sana aku wat polisi trust no one....janji keje aku beres n x menyusahkan org lain...cukup masa,balik umah,tido n tgk tv..yg paling best, x payah study untuk exam...hehhee....
.......wokes..dah dpt stabilkan mood dah utk esok...heheh...
Friday, November 21, 2008
happy blogging
awl2 pon dh ada yang tnya ni nak wat blog politik ke blog ape ..ni kira blog campur2 jelah .kalu aku buat blog yang 100% politik plak, kang x pasal2 kena di ISA kan...x snggup lagi weh nk masuk ISA mcm RPK...hehe..xpun kna panggil mcm kickdefella pon aku x nak..byk bnda lg nak di setelkan selain duk dalm pagar besi tu..(DISCLAIMER: tidak bias kepada mana2 pihak, ok!)
hehe..cioaw..