Wednesday, December 24, 2008

seharam BABI

- sedikat petikan daripada ridhuan tee (utusan 22/12/08 )

....Hari ini kita gagal meletakkan haramnya rasuah, sekurang-kurangnya pada tahap sama haramnya babi. Kita begitu jijik dengan babi, usahkan hendak memakan, malah mendekatinya sudah menakutkan, apatah lagi untuk memegang najis itu sesuka hati. Kejayaan kita memomokkan haramnya babi ini, menyebabkan kita masih beranggapan bahawa memakan rasuah tidak seteruk seperti makan babi. Pada persepsi kita, haramnya babi lebih mudarat daripada haramnya rasuah. Asalkan babi tidak masuk perut, maka halallah kehidupan di muka bumi ini.

Pemikiran sebegini hendak diubah. Selain daripada haramnya babi, sesuatu yang haram sumbernya, adalah juga haram dimakan, sama seperti haramnya makan babi. Malah makan rasuah lebih besar mudaratnya daripada makan babi. Ini bukanlah bermakna, saya hendak meringankan haramnya najis babi.

Apa yang saya ingin jelaskan adalah sumber yang haram masuk ke perut menjadi darah darah daging kita dan anak-anak kita. Justeru, tidak hairan jika ramai yang mengadu kepada saya, kenapa anak-anak mereka telah dididik dengan baik, mendapat pendidikan agama yang cukup, tetapi masih berkelakuan tidak seperti manusia. Inilah yang yang cuba saya ketengahkan bahawa walaupun kita tidak suapkan anak kita dengan daging babi, pendapatan haram daripada sumber haram (rasuah) adalah sama seperti kita menyuapkan daging babi ke mulut anak kita. Bila sumber yang masuk ke perut haram, maka terbitlah tingkah yang haram juga...................

Tuesday, December 23, 2008

tips hilang busan - silakan

-tgh2 bosan , jumpe tips ni...yg mana satu paling logik untuk dibuat??


FUNNY AND USELESS TIPS - GIVE IT A SHOT!

1. Try to twist the stem of a cherry using your tongue in 30 seconds. mcm senang gak

2. Drink 10 shots of tequilla simultaneously then count from one to one thosand. DO NOT SKIP A NUMBER! x boleh, haram

3. Pretend you have a contagious disease like a leprosy or tubeculosis and see how many people will avoid you. b4 tu kna tau la apa simptom2 leprosy & tuberculosis. klau salah simptom, lakonan x real plak..tp yg ni bleh kenal la sape yg sanggup bersama kita waktu susah...

4. Learn how to use chopsticks....using your toes. hahha...kena makan atas lantai la jwbnya

5. Paint a smile...LITERALLY!! mcm senang gak

6. Play darts with your little brother, with him being your dart board. adus,mcm sakit jer. tp best kalu buat kat org yg kita dah rasa nak bunuh dia b4 ni ..mula2 buat mcm nak main dart, lepas tu buat2 tesasul...(hahha..dah ada calon yg nak kena nih...)

7. Have your dog permed. errk!!!

8. Hold an ice cube and count how long it will take to melt. x mencabar sgt ni

9. Build a house of toothpicks with a swimming pool and with garage. kena modal byk nih

10. Shred newspapers and turn it into confettis. bosan nyer

11. Give your kitten a tan....inside the microwave. hahha...mcm klakar je yg ni...BEST BEST BEST (bole wat kucing panggang)

12. Wax your ceiling, mow the carpet and vacuum your lawn. memenatkan

13. Try putting salt and pepper on your coffee and see how it taste like. mcm dah penah buat yg ni...biasa jer

14. Make prank phone calls. Call your friend and tell her you're about to give birth, even you're not pregnant and single x pasal2 kena tuduh berzina

15. Make cute phone calls. Dial PIZZA HUT and ask for a manager onset of the call and complain that the pizza they delivered has roaches or something.Or call MC DONALDS and order pizza. yg call Mc D order pizza boleh masuk list utk di try

16. Burn an old shirt made of cotton, and a torn out skirt. Burn it at the same time and check whichever gets burned faster. kemusnahan kekal n membazir

17. Pluck your eyebrows and count how many hair you pulled out. Just make sure you leave a line or two on your brow or you'll look like a zombie. ish..x sanggup

18. Stand still in the middle of a huge crowd staring at nothing for 20 minutes, then count how many people will look your way. hahha...boleh try ni

19. If you are at a coffee shop, waiting for your frappuccino, and they ask for you name, give a psuedo yet weird name like Baloney and when your name is called, see for yourself how many guests will smirk. rsanya kat mesia xde org pedulik pon kalo nama2 mcm pelik

20. Try to go out on a sunny day and cross-dress. biasa je

21. Spin around as long as you think you can until you get all dizzy and you feel like throwing up. err..x sanggup..dh penah kena kt hostel

22. Get a mirror and cry real hard in front of it. See for yourself if you still have poise when you cry or you look ugly. Then once you get tired of crying, then laugh still in front of your mirror till your sides hurt. boleh dibuat, tp kna wat kat dalm bilik yg kedap bunyi tp..mcm org gila pun ada...

23. Fart as loud as you can and see how long it will take or how smelly it could be. hahaha

24. Go to a mall, bring a bored friend with you and make fun of the people passing by. rsanya end up, kite je yg duk gelak sorang2

25. Sing on top of your lungs and just stop when neighbors start to throw tomatoes at your window. saje cari gaduh ni

26. Pretend to be a stalker. Send spooky email or text message to someone you don't like at all, just pretend to be someone this person really likes. erkk..mcm ramai je penah buat cam gini

27. Pinch yourself. Check if you'll have bruises after. I assure you, you'll forget you're bored since you're already in pain literally. ringkas dan padat

last2..duk bace2 benda nie pon dh hilang busan...pening jugak kalau nk pilih mana satu yg sesuai di cuba nih...
hubpages.com

Friday, December 19, 2008

wonderful story...do read it

-diceduk dari fwd emel-

Monica married Hitesh this day. At the end of the wedding party, Monica's mother gave her a newly opened bank saving passbook. With Rs.1000 deposit amount.

Mother: 'Monica, take this passbook. Keep it as a ecord of your marriage life. When there's something happy and memorable happened in your new life, put some money in. Write down what it's about next to the line. The more memorable the event is, the more money you can put in.I've done the first one for you today. Do the others with Hitesh.When you look back after years, you can know how much happiness you've had.'

Monica shared this with Hitesh when getting home. They both thought it was a great idea and were anxious to know when the second deposit can be made.

This was what they did after certain time:
- 7 Feb: Rs.100, first birthday celebration for Hitesh after marriage
- 1 Mar: Rs.300, salary raise for Monica
- 20 Mar: Rs.200, vacation trip to Bali
- 15 Apr: Rs.2000, Monica got pregnant
- 1 Jun: Rs.1000, Hitesh got promoted
..... and so on...

However, after years, they started fighting and arguing for trivial things.They didn't talk much. They regretted that they had married the most nasty people in the world.... no more love...Kind of typical nowadays, huh?

One day Monica talked to her Mother: 'Mom, we can't stand it anymore. We agree to divorce. I can't imagine how I decided to marry this guy!!!'

Mother: 'Sure, girl, that's no big deal. Just do whatever you want if you really can't stand it. But before that, do one thing first. Remember the saving passbook I gave you on your wedding day? Take out all money and spend it first. You shouldn't keep any record of such a poor marriage.'

Monica thought it was true. So she went to the bank, waiting at the queue and planning to cancel the account. While she was waiting, she took a look at the passbook record. She looked,and looked, and looked. Then the memory of all the previous joy and happiness just came up her mind. Her eyes were then filled with tears. She left and went home. When she was home, she handed the passbook to Hitesh, asked him to spend the money before getting divorce.

The next day, Hitesh gave the passbook back to Monica. She found a new deposit of Rs.5000.
And a line next to the record: 'This is the day I notice how much I've loved you thru out all these years. How much happiness you've brought me.'
They hugged and cried, putting the passbook back to the safe.

Do you know how much money they had saved when they retired? I did not ask.I believe the money did not matter any more after they had gone thru all the good years in their life.
"When you fall, in any way, Don't see the place where you fell, Instead see the place from where you slipped. Life is about correcting mistakes!"
I believe it's applicable to all relationship..

Thursday, December 18, 2008

OKU vs Lelaki Melayu yg Bangang

ni pengalaman aku sendiri tdi mcm mana aku tengok sekumpulan 2-4 orang lelaki melayu, yang beruniform macam baru balik dari masjid, duk lepak2 santai - menolak setelah diminta tolong untuk menolong seorang pakcik yang OKU yang dalam keadaan lemah yang amat, yang hanya memerlukan pertolongan untukkeluar dari kereta dan untuk menopang kepada 2 tongkat..itu sahaja pertolongan yang diminta...

kalau lah xde org yg mintak tolong, boleh la dimaafkan skit kan...ni tak, utk memapah seorang pakcik tua yang kurus dan kecil itu boleh diberikan pelbagai alasan (nk g pnggil org lain, nk tunggu kawan dtg,bla bla bla) ..bangang...kawan2 ko kat sekeliling tu bukan org ke?? memalukan...jadi kambing lagi baik..xdelah nak menyakitkan hati ...stkat pegi masjid, pakai kopiah,pakai sarung ,pakai baju melayu (bukan baju islam) jgn dok harap itu tiket masuk ke syurga ...sudah2 la memburukkan dan menggunakan imej islam...tunggulah masa korang susah nnt, aku harap xde org yg akan menolong korang (walaupun kita x boleh mendoakan keburukan)..rasalah sendiri nnt...what goes around comes around...

hina sgt kah pakcik tuo yg mcm itu??even kalau dia berpenyakit AIDS pun, x akan berjangkit dengan hanya memapahnya...bangang punye manusia...baik x yah ada teloq..bagi kambing makan lagi bagus...kdg2 btul lah apa yg org duk kata, jantan melayu x gentle..stakt duk ber hu ha hu ha tu sesama geng motor ke, geng kereta ke...x payah kecoh la ....

seekor kebau bawak lumpurrr............

Tuesday, December 16, 2008

itu guna nya kasut

Bush dibaling kasut
-utusan

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.
Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.
Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing ! ” lalu membaling kasut yang dipakainya.
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

tabik springgg utk reporter tue..walapon ada gak kate tu mcm prgngai barbarian, tp itulah adalah cara yg paling cepat dan pantas...nak tunggu utk menymapaikan perasaan marah ikut saluran yang btul, tunggu kucing bertanduklah agaknya...
yg klakarnya, elok2 plak bekas president tu mengelak...dia ni pon satu, dah tau dah byk wat silap situ, lg mau pegi say gud bye...kan dah dpt gudbye kiss...muka pon bleh kontrol x gelabah..kalo aku mesti dah lari keluar kot2 la ada bom yg menyusul...

p/s: agak2 ada x kat mesia ,reporter yg seberani Muntazer al-Zaidi ???
berani bogel ada la kot...hehhe

Sunday, December 14, 2008

KDN, JPA bincang ambil bekas penagih bekerja

-utusan

JOHOR BAHRU 13 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil bekas penagih dadah yang telah pulih berkhidmat di sektor awam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan perlu mencontohi program oleh pihak swasta yang memberi peluang pekerjaan kepada golongan tersebut bagi membolehkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat.
"Tetapi dalam kerajaan iaitu dalam Perintah-Perintah Am, sekali kena buang kerja kerana terlibat dengan dadah, tak boleh ambil balik.
"Kerajaan sedang berbincang dengan JPA, kerajaan pun kena tunjuk contoh yang baik dengan mengambil bekas penagih yang layak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Memperkasa Komuniti Pemulihan negeri dan Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Desa Damai di Larkin di sini hari ini.
Syed Hamid berkata, penagih dadah perlu diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa dan mendapat pekerjaan atau sumber ekonomi untuk menyara diri serta menyumbang kepada negara.

bagus2..satu langkah yang bijak..at least drpd diorng ni duk merayau2 x tentu hala, lagi baik diorng disuruh bekerja bersama2 ..sekurng2nya adalah jugak sumbangan tenaga diorng kat negara..bekas2 penagih ni pon dapt elakkkan diri daripada bergaul blk dgn geng2 lama...nnt bila dah kerja,diorng ni akan dapt kawan2 yg baru n suasana persekitaran yg lebih menyokong diorng utk berubah...

besday


nasib baik blom terlewat nk wish utk kawan ku neh,yg aku kenal masa form 1 lagih. kawan yg sekelas masa sekolah menengah, se matrik, se universiti, se fakulti, se flat dan se bilik masa zaman stud dulu2..cume bila dh keje je lain2.tp sempat jgk le se tempat keje kejap...nasb bek kejap je,kalu x, mesti busan sungguh..heheh..

happy besday azyyati, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki...

ini saje yg mampu aku bg utk mu yg jauh di sinun, aku makan bg pihak mu jelah ...hahha..
p/s: igt dop dari mana kek nie??

Saturday, December 6, 2008

SYABBAS datuk sahab syabbasss..(dalam nada bergema)

Shah Rukh Khan terima pingat DMSM
(bandingkan jugak dua2 news nie)
-utusan
MELAKA 6 Dis. - Bintang filem Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan hari ini mencatat sejarah sebagai bintang filem asing pertama menerima pingat kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Pingat tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob sempena sambutan hari jadi beliau yang ke-70 dalam satu istiadat khas yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.
Shah Rukh berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberikan gelaran tersebut kepadanya sekali gus menjadi bintang filem Bollywood pertama yang menerima penganugerahan tersebut.
``Saya berterima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberikan pengiktirafan ini dan menjadikan saya penerima pertama anugerah ini untuk bintang filem Bollywood,'' katanya di sini hari ini.
Shah Rukh Khan yang dilahirkan pada 2 November 1965 di Mumbai telah menerima lebih 40 anugerah dalam industri hiburan dan perfileman di peringkat antarabangsa antaranya Screen Award, The Zee Cine Award, NDTV Award, International India Film Award dan lain-lain.
Filem One 2 Ka 4 memaparkan kawasan-kawasan menarik di negara ini termasuk kawasan peranginan A' Famosa Resort, Melaka.

Bollywood's Shah Rukh Khan knighted in Malaysia
-AP
MALACCA, Malaysia - Bollywood heartthrob Shah Rukh Khan said he will star in a new movie that will help spread the message that Islam does not support terrorism as he was knighted Saturday in Malaysia's southern Malacca state.

Adorned in a traditional black and gold Malay outfit and headgear, the Indian Muslim actor was conferred the honorary "datuk" title that is equivalent to British knighthood.
Bollywood movies are highly popular in Malaysia and Khan enjoys a huge following among local Malays and ethnic Indians.
After the ceremony, Khan told reporters that his new film "My Name is Khan," which starts shooting this month, makes clear "that Islam does not in any which way tell you to be violent."
"I think the whole concept of jihad, the whole concept of warring needs to be explained as Allah meant it to be in the Quran ... it is an attempt to try and do that in an entertaining way," Khan said.
The film, about a Muslim's strife in telling people his name but that he is not a terrorist, will be directed by top Bollywood film maker Karan Johar and will co-star Kajol Mukherjee, Khan said.
"When you are an actor, you truly believe that the language that you speak can be truly international and go across boundaries and bring hope, especially in today's time and age when the world is full of strife," he said.
The honorary title, bestowed by Malacca Gov. Mohamad Khalil Yaacob, has stirred controversy with Malaysians who say it was wrong to honor a foreigner when there were many deserving local artists.
Malacca authorities said Khan was knighted because six of his movies were shot on location in the historical state and helped boost its tourism.


fuyyohh...tahniah datuk shah rukh khan...walau pon berliku2, akhirnya bergelar datuk jugak...kpd sape2 yg tak puas hati, terimalah dgn seadanya,lg pun anugerah tu hak tuan yg memberi kan, so suke hati die la nk bg kat ape kan...
hrp2 xde bile ada budak2 yg amik UPSR dalam ENGLISH nak bercerita pasal pelakon pujaan mereka, g translate jadik grandpa shah rukh khan kan...adik2 semua mesti dah terrer english kan sbb dah boleh amik UPSR dalam english kan...kan..

p/s: nasib baik le datuk shah rukh khan ni hensem..rasa berbaloi la jugak kan dipanggil datuk...ni kalau muke pon mcm mat pit,mesti rasa nak muntah kan...hhehehe

IKLAN raya

seorang anak bertanya kpd ayahnya

anak: ayah, ni daging apa?

ayah: daging babi

anak: daging apa?

ayah: daging babi nak

anak: daging apa?

ayah: daging babi sayang

anak: daging apa?

ayah: daging lah babi !!!

hehe...kesabaran sape2 pon ada limit nya kan..
p/s: ni sbnrny cilok dari email & xde kaitan dgn sesape...:)

Tuesday, December 2, 2008

jenazah HIV


semalam 1 Disember - dpt peluang g course pasal Pengurusan Jenazah HIV bersama2 dgn pesakit2 yang majoriti HIV positif (dari beberapa daerah di Kelantan)..kebetulan 1 Disember adalah Hari AIDS sedunia...sbnrbya g sana adalah 'by mistake'....tp las2 rsa bagus sbb dpt pluang gini...sbnrnya x byk beza dgn pengurusan jenazah biasa, cuma nya
- pengendali jenazah tu kenalah pakai PPE (personal protective equipment) - mcm topeng muka, goggle, apron,but,glove.
- time nak memandikan jenazah, air jirusan pertama hendaklah bercampur dgn klorox(tok imam ckp, hnya clorox cap clorox je bleh,hehe)..sbnrnya sodium hypochlorite,dgn nisbah percampuran dg air 1 dalm 9...lepas tu boleh la diteruskan prosses memandikan jenazah seperti biasa
-kapas2 yg digunakan utk mencuci rongga2 badan, dicelup dulu dgn clorox
-kemudian,sebelum lapisan kain kapan yg terakhir, ada satu lapisan plastik - elakkan lapisan plastik supaya jenazah tu nampak seperti jenazah2 yang biasa.

proses pengurusan jenazah HIV ni boleh di buat dirumah /hospital.jika keluarga mnta utk diuruskan dirumah, proses itu akan dikawal oleh pihak kesihatan..pihak kesihatan akan bawa semua kelengkapan (termasuk klorox) utk di gunakan dan bg panduan & nasihat sama ada keadaan dirumah tu mengizinkan ke tidak..tetapi digalkkan uruskan di hospital(boleh dibuat oleh ahli kelurga) sbb kat situ mmg dah ada sistem yg teratur..
bila ada kematian pengidap HIV kat kaw mana2,bgtau masa repot kt polis ,then pihak kesihatan akan dimaklumkan...tujuannya bukanlah utk diskriminasi ke ape,cuma utk menjaga keselamatan ahli keluarga dan org lain...

Sesungguhnya mati itu benar...Alam Barzah itu benar...Alam akhirat itu benar ..Mungkar dan Nagkir itu benar ...Siksa Kubur itu benar......Dosa dan pahala itu benar.........Syorga dan Neraka itu benar ......

Sunday, November 30, 2008

MELAYU lagi dan lagi dan lagi

Jangan cabar Ketuanan Melayu - Khaled Nordin
-utusan malaysia-
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyelar pihak yang cuba mengelirukan konsep ketuanan Melayu dengan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab. Tegasnya, konsep ketuanan Melayu tidak ada kena mengena dengan hubungan tuan dengan hamba tetapi merujuk kepada asal usul negara ini dan kaum pribuminya daripada keturunan Melayu. ''Apa pun dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memihak kepada orang Melayu asalnya daripada sejarah itu dan bukan kerana ketuanan Melayu........................................

Syed Hamid: Bukan 'jenaka yang boleh dipermainkan'
-utusan malaysia-
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Orang Melayu perlu bangkit dan menghentikan segala bentuk kritikan daripada kaum lain yang mahu menolak konsep ketuanan Melayu di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan kesedaran daripada orang Melayu perlu bagi memberi amaran kepada semua pihak bahawa perkara berkaitan ketuanan Melayu bukanlah 'jenaka yang boleh dipermainkan'.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengingatkan kaum lain supaya tidak menganggap seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai rasa sensitif dengan terus mempertikaikan hak mereka. ''Jangan ingat orang Melayu senyap selama ini bermakna tidak berperasaan. Kita tidak mahu berpeluk tubuh lagi dan kini mahu bangkit menegakkan hak yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa............................................................


Lebih baik jadi pembangkang - Hishammuddin
-utusan malaysia-
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara. Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.
(................selanjutnya.............baca sendiri................)

aduila...busan btul,hari2 dlm paper pasl melayu,melayu dan melayu.bila lah nak abis pot pet pot pet smua ni & stat bekerja smua...ni la skrg masanya nak bangunkan kembali dah tau melayu lah yang paling teruk,miskin-majoriti gaji bawah seribu (ye ke?,cam gini lagi selepas 5o tahun lebih merdeka??..), paling x pandai english dan paling suma2 lah...ape kate tumpukan je lah utk bangunkan balik melayu ni tanpa ada provokasi kat kaum2 lain..
ni tak,ketuanan melayu situ,sini...alih2 melayu jugak yang paling tinggi hisap dadah, edar dadah, merempat, kebulur, xde rumah, x de gaji & pape lah...biarlah kita ni ada pencapaian yg bleh wat org lain jadi suspek (respek) skit kat kita..ni x, makin hari makin kena gelak adalah....x kan zaman skrg ni, org len dah pakai pistol, kita duk lagi dgn keris yg mcm2 lok tue?...

sebetulnya bila tau majoriti melayu gaji bawah RM1K,cube renung blk sistem mana yang x btul dan kat mana nak dibetulkan..tak kan lah bile melayu gaji bwah RM1K, kita nak suh kaum2 lain slow down skit n bagi jaln so tat gaji diorng lg rendah dari seribu?? patutnya kita usaha kan ape2 so tat melayu semua pon dpt pendapatan sebagus diorng....dah bangsa2 lain rajin meniaga,kita nak marah kat sape bila melayu yg jadi majoriti miskin??? diorng rajin meniaga,tu hak diorng..kita boleh truskan ssama2 berusaha dgn lebih tekunnn...bukanya duk buat provokasi mcm2...klakar lah....

time keje pon,kdg2 perangai melayu sendiri buat aku menyampah & nak termuntah2...keje malas, tp pangkat & duit nak...keje x nak buat,tp pandai jd kaki bodek,kaki ampu,kaki mcm2 lg....nk di compare kan dgn kaum2 lain yg mmg rajin wat keje tnpa pedulikan nk amou bos ke, nk bodek ke...x kan la diorng ni yg keje btul2,kita kena kondem diorng jugak semata2 diorng bukan melayu & mereka2 yg kaki malas bekerja ni , walaupun x buat keje sgt,kita ke tabik semata2 diorng ni ada titlle Melayu kat atas dahi diorng??? melayu2 yg mcm inilah kalau boleh aku nak campak2 kat dalam laut ke, x pun campak kat dalam hutan,bg gajah makan...baru padan muka...............org2 ginilah yg jdik pengkhianat bangsa sbnrnya...........

p/s:aku bukan anti melayu n x sayang bangsa, tp kdg2 bangsa2 kita ni jugak lah yg berperangai mcm %^&&*...aku anti melayu yang bangang jer.......

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
-cilok dari org len -

Friday, November 28, 2008

ARAK lagi...

Arak: Dewan Ulama Pas kecewa keputusan Selangor
-utusan melayu-
KOTA BHARU 27 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud hairan dengan Kerajaan Selangor yang terlalu sukar untuk menerima cadangan parti itu berhubung peraturan membataskan jualan minuman beralkohol di negeri tersebut.
Beliau berkata, cadangan peraturan tersebut hanya melibatkan umat Islam dan tidak timbul masalah dengan masyarakat beragama lain kerana mereka masih bebas mengamalkan cara hidup sendiri.
“Pas tidak mempunyai kuasa ke atas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun kita sama-sama berada dalam pakatan pembangkang, jadi kita hanya mampu memberikan cadangan dan terpulang kepada kerajaan yang memerintah untuk menerimanya.
“Keputusan berhubung peraturan penjualan minuman keras dan mengurangkan premis judi di lima buah negeri pakatan pembangkang dibuat ketika muktamar tahunan parti Pas baru-baru ini, dan ia memang menjadi hasrat parti untuk melihat negeri-negeri di bawah pakatan untuk melaksanakannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan campuran Selangor di bawah pimpinan PKR yang menolak usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan arak berkuat kuasa Januari depan.........

ler..x jadik pulak..ni yg susahnya bile terikat mcm ni...agaknya diorng ni bleh bersama pon sbb berkongsi MUSUH yang sama je kot...yg ada kuasa besar dulu2 pon, dah terlwat dah...ntah ler..

BOGEL: sila kan

Bogel: Polis tidak akan layan permohonan permit
-utusan melayu-

SHAH ALAM 28 Nov. — Polis menegaskan tidak akan melayan sebarang permohonan permit daripada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka bercadang mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu permohonan permit daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.
“Kita tunggu dan lihat permohononan permit bagi mengadakan demonstrasi ini...nak tengok macam bogel mereka nak buat...tak kan lah orang nak memohon semata-mata untuk berbogel.
“Kalau niat mereka semata-mata untuk itu (berbogel di khalayak umum), maka polis tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan daripada mereka... kalau nak bogel, bogellah di bilik rumah sendiri...yang itu boleh,” ........................

x pun cakap je gini..silakan kalau tuan2 (errk..puan x de kan??) semua nak berbogel...kita akan panggil wartawan dari segenap ceruk supaya ambik gamba close up setiap inci tubuh encik ,dan letak kat muka depan semua paper tanpa bahagiann muka di blurr kan....sila2 ..sila berbogel kat situ...dan kita akan buat pagar kat kiri kanan ala2 red carpet tu...
hah amik korang...then tgk sapa yg sanggup berbogel di depan bangunan...x ke sejuk kalau kena dek water cannon tue....ok gak kot,bleh tgk free show...hehhe..

C.I.N.T.A luar biasa

Rahsia Wook jaga suami lebih muda
-utusan melayu-

HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.
Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.
Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.
"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.
"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.
Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.
"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.
"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya....................

dalam musim ramai artis2 kat mesia ni ada masalah rumah tangga, puan wook masih ada untuk membuktikan kewujudan cinta...untuk puan wook, saya sangat kagum dengan tahap kesihatan anda....mmg btul la health is wealth...
p/s:puan azyyati - ada nak share petua x?hehe

Thursday, November 27, 2008

dicucuk besi

Dua wanita bonceng motosikal cedera dicucuk besi panjang
-harian metro-

MUAR: Angkara gatal tangan atau ingin mengusik, seorang penunggang motosikal tidak semena-mena mencucuk dua wanita yang membonceng motosikal menggunakan besi panjang hingga menyebabkan mereka cedera dalam kejadian berhampiran bulatan Jalan Khalidi di sini, malam kelmarin.Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, dua pembonceng itu dihampiri penunggang motosikal bertopi keledar penutup muka penuh yang tiba-tiba muncul dari arah belakang.Seorang mangsa, Rozita Kamarulzaman, 31, berkata dia membonceng motosikal ditunggang adiknya Aishah, 23, dalam perjalanan menuju ke bandar apabila sebuah motosikal dari belakang cuba mencucuknya dengan besi panjang.“Saya terkejut apabila penunggang motosikal itu tiba-tiba mencucuk saya dengan besi. Saya cuba menepis tetapi terkena sedikit menyebabkan luka di bahagian siku kanan,” katanya.................

salam simpati kpd mangsa2.
kesian dekat mangsa tu, mesti panik.
tp lepas tu, aku gelak sorang2 bile baca berita nie,smbil lunch kt ofis td..hehehe....bila duk pikir ,ape MOTIF laki tu buat mcm gitu....last2 aku trgelak lagi....
masa nak blk tdi pon,bila kat trafiklight,aku tgk pompuan naik motor,trigt lg kat brita ni...gelak sorng2 lg kat dlm kereta..hehhe...pelik2 la perangai lelaki zaman skrg nie..
nasib baik lelaki itu tidak meragut beg mangsa..
pengajaran:smua mesti berhati2 kat jln raya ye...

Wednesday, November 26, 2008

ARAK

Arak: Kejayaan pertama PAS di Shah Alam

-malaysiakini

kemaskini 2:13pm Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.

Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada Malaysiakini hari ini.

Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS - salah sebuah parti komponen Pakatan - untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.
Sebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.
Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.
Menurut sumber-sumber MBSA lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga premis - kedai runcit, restoran dan kedai serbaneka 24 jam - akan disemak semula.
"Mereka perlu mengemukakan rayuan yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pelesenan yang juga dianggotai ahli MBSA," kata sumber-sumber tersebut.

Semakan semula lesen
Bagaimanapun, tambah sumber-sumber, semakan semula ini tidak melibatkan premis lain seperti hotel, kelab malam, kedai ubat Cina, pasaraya besar dan jualan oleh pemborong.

Semakan semula lesen itu akan mempertimbangkan faktor lokasi tempat ia beroperasi dan maklum balas orang awam..............baca selanjutnya sendiri...............

satu langkah yang bagus untuk permulaan..nnt bleh la plak wat kat hotel, kelab malam,kedai ubat cina, (kedai ubat melayu ada ke?), pasar raya besar, etc.....tp yg sebenrnya, diri sendiri jugak yg penting...kalau kita sendiri tak nak, tayang mcm mana pon tak berhasil jugak kan....tp kalau non muslim nak minum,jgn dihalang lah hak mereka..kita setakat bg nasihat kerana
dari segi perubatan pon mmg x bagus kan ..lama2 jadik cirrhosis liver(penyakit hati)...

p/s:tp kat kelantan pun bukan nye x de muslim yang minum...(nauzubilah..mintak jauh)

Tuesday, November 25, 2008

'Saya terdesak'

dari utusan
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Suasana Mahkamah Sesyen di sini hari ini bertukar sayu apabila bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya, Zaharah Jaafar yang mengaku melakukan pecah amanah RM95,500 mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman sambil menangis teresak-esak.
Semua yang hadir turut merasa simpati dan ada mengalir air mata semasa wanita yang mendakwa menghidap kanser pangkal rahim itu membacakan rayuan berpandukan satu nota yang ditulisnya.
''Saya reda dengan apa yang telah terjadi, sampai mati pun saya tetap mengaku kesilapan saya dan saya benar-benar bertaubat. Saya minta diberi peluang untuk perbaiki kesilapan.
''Saya juga akan ingatkan zuriat saya agar tidak lakukan kesilapan yang sama kerana ini dosa yang amat besar dan dosa yang amat pedih,'' rayu Zaharah.
Menurut tertuduh, beliau terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana keadaan yang mendesak walaupun ia bukanlah sesuatu yang diinginkan dalam hidupnya.
Kata Zaharah, beliau juga kesal dengan tindakan bodoh yang akhirnya memakan diri apabila reputasi yang dijaga selama 20 tahun di Pos Malaysia musnah begitu sahaja akibat kesilapan tersebut.
''Akhirnya, impian dan cita-cita anak bongsu saya turut musnah apabila dia terpaksa tinggalkan pengajian untuk membantu keluarga serta menampung perbelanjaan pengajian kakaknya di universiti. Dia sanggup lakukan apa saja untuk kakaknya.
''Saya sangat memerlukan sokongan dan saya berharap agar sentiasa dapat bersama anak bongsu saya. Mungkin permintaan saya agak keterlaluan, tetapi dengan budi bicara mahkamah, harap dapat benarkan saya habiskan sisa-sisa hidup di sisi keluarga,'' katanya lagi.............

kesian la plak bila baca duit tu digunakan utk ape...bilalah semua pesakit kancer akan dapt latest treatment free of charge.... mcm obat2 utk hiv gak..ni samapai pinajm along utk treatment ,mmg kesian,,tp itulah..,matlamt x menghalalkan cara...
p/s:hakim2, x bleh tolon 'adjust2' ke?

Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Hrkh) - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.
"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.
Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.
Beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap kerajaan yang tidak bertindak menurunkan kadar harga minyak kepada harga yang sepatutnya tatkala ekonomi rakyat semakin parah..................

ntah pape...kalau nak naik, cepat jer kate nak kena ikut harga semasa... ni harga semasa dah turun tu, turun jelah......byk plak alasan...ade ke patut takut rakyat terkejut kalau diturunkan secara mendadak...HAHHAHA..lawak ape nie?? yg betulnya kesan naik yg mendadak tu lah lg teruk..tgk,harga brg nk turun balik lg susah..dok kecoh pasarraya besar dah turun harga..brg ape yg turn?setakat biskut dlm tin, kekacang...baik tak yah kecoh sgt....
harga beras naik,suh makan ubi kayu,
harga minyak naik,suh pakai kete letrik
ni harga minyak turun , tak suruh pape ke?
kalau harga ubi kayu naik,suh makan ape plak?
haiiyaa..

Monday, November 24, 2008

Sindiket edar dadah RM1 juta tumpas

JOHOR BAHRU 23 Nov. - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini dengan tertangkapnya seorang suspek lelaki dipercayai rakyat Singapura dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1 juta, di sini Rabu lalu.
Dalam serbuan pukul 7.30 malam di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Megah Ria dekat sini, polis turut merampas sepucuk pistol automatik jenis Sportarm bersama 56 butir peluru.....

yeah rite!!...berjuta-juta kali tumpas pon , masalah drug addiction ni x kan setel..makin bertambah adalah..sampi skrg pon,nak halang diorang x bleh, n the only way terpaksa lah wat program harm reduction jer YAKNI nak kurangkan kemudaratan kat org lain...so kenalah bg jarum free, dadah gantian free,condom free n byk lg yang free..

dah dapt byk brg free pon diorng ni x reti2 nak insaf...ikutkan hati,gather diorng kat satu tempat (pulau mana2 ke) dan kita kasik BOMMM aje....xpon,ikutkan hati,letak arsenik ke ,ape ke then biar goal slow2...HEHEHE..x baik la plak mcm ni...buatnya org2 yang kurang bernasib baik tu adalah kaum kerabat keluarga kita(nauzubillah...mintak jauh),
mesti kita pon akan x nak jugak dibuat cam gitu...
tp biasalah..kita kan manusia..kdg2 mesti akan ada fikiran yang jahat & mesti ada tahap kesabaran jugak kn..
tdi sebenrnya geram gila kat SATU ..errmm how shud i say...oklah...SEORG pesakit ni...igtkan dah ok lepas amik terapi gantian..tgk2 td dtg balik mcm org skizo........siap TERIAK2 kat aku suh aku yg minum ubat dia ... siap menghempas2 kan gelasnya................

aku pun kata :eh eh...@!*&# btul mangkuk ni...apa kes aku nak plak nak kena amik bnda tue..dah ko yg x btuk,ko lah amik... x sedar diri btul...letak racun kang...x pasal2 ko yang menderita...jgn main2...senang lg kerja aku kalo ko xde...kecik2 x nak ###,besar2 nyusahkan org....

BUZZZZZZZ............rupa2nya tu dialog dlm minda aku jer...kalau lah aku dpt ckp gitu btul2 depan dia...sah2 aku yang kena buang kerja...heheh...

duk mem^&^%$# dalam hati jer..last2 hati aku yg jugak bengkekkk....
last2 dapt tau..rupanya makhluk allah ni baru jer hidu gam(klate: isak gae)..dah seminggu straight ..so dlm hati aku kate,nasib baik aku berdiam diri jer..sbbnya org yg hidu gam ni,bila tgk org tp minda dia TAK AKAN kate tu org..sebaliknya akan nampak makhluk2 lain..aku pon malas nak tnya dia nampak ape...kang x pasal2 plak keluar citer yg pelik2...hehehe..

so the best solution-kitorng pon refer la dia kat specialist dan tunggu arahan selanjutnya...(sian plak specilist tu...at least kitorng bila dah kat dead end,bleh pass kt dia..kalau specilist tu sendiri x larat,kat sape plak dia nak pass??...lantak le,kalu x, x dpnggil special la plak kan...)hehhe

kesimpulannya 1.bilangan org yang terlibat dgn substance abuse ni makin ramai dan yang paling SEDIHNYA..majoriti adalah bangsa MELAYU kita...rsanya masalh2 ginilah yang

patot diutamakn dan di ape yer...di FIGHT kan btul2......
dok gegang2 psal KETUANAN MELAYU...tp realitinya....PIKIR SENDIRI..2.kerja lah dgn ikhlas hati,btulkan niat (sesi nak motivate diri sendiri...) hehe..
*gegang = kecoh



Sunday, November 23, 2008

Matematik, Sains dalam BI wajar diteruskan

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) wajar diteruskan untuk memastikan pelajar khususnya bangsa Melayu tidak ketinggalan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, PPSMI bertujuan melengkapkan pelajar di sekolah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik sekali gus menguasai bahasa Inggeris yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.
"PPSMI itu perlu diteruskan supaya pelajar kita tidak ketinggalan. Bukan bertujuan untuk mengabaikan bahasa Melayu, tetapi sebagai contoh, bidang sains yang dipelopori negara luar menerbitkan buku-buku dalam bahasa Inggeris.............

berita selanjutnya bace sendiri....

yg pasal isu ni pon satu...mmg bagus awal2 ajar dlm english,tpi kesian kat budk2 kat luar bandar..... yang mak bapak pon tau bace skit2 , tak pon yang tau bace ,kena g menoreh getah,tanam padi, dan mcm2 kerja lagi yg mmg memerah keringat dan kalu x wat,x de duit
diorang ni mmg x mampu nak ajar anak2 kat rumah utk speaking n kalau tgk masa test n exam english pon,mmg kesian...jgn kate -ni zaman moden,semua rakyat malaysia dah maju ,moden, mampu nak didik n ajar anak msg2...
kalau sape ckp mcm tu,mmg tipu...pergi turun padang sendiri,tgk kat kampung2...mcm mana keadaan budak2 tu..subjek yg dalm bahasa melayu pon terkejar2 nak katam...tgk kat bandar2 yelah,dgn byk kemudahan,tuisyen sana sini ,etc...
ni kalau basic sains pon stakat faham2 gitu2 jer,mcm ne nak bg budak2 tu ada basic yg kukuh?at least kalu mase kat sekolh rendah basic diorng dah kuat, so g peringkat yg tinggi skit pon dah ok sbb diorng ada basic yg kuat.n masa diorng dah kat peringkat lebih tinggi tu, masa tu dah kira matang ,so bleh la diorng usahakan mcm mna nk switch kan dlm english....
ni kalau masa sekolah lg duk main hafal jer sbb nak dlm ayat english yg cantik, then bnda ni akan trbawa2 samapi la ke seterusnya...ni kalau basic kita kuat,campak la kat mana2 pon,insya allah boleh...
kita kena terima x semua budak2 akan berusaha utk meningkkat kemahiran dlm english..dah nama nya pon budak2...rsa mcm susah...letak buku kat tepi n lg best diorng g main....ni pon mcm semangat n minat mereka utk blaja terbunuh (hehe...extreme la plak word ni).......
jgn kata,xpe...budak2 ni akan dibantu oleh cikgu2 dan komputer yang akan dibekalkan ke
sekolah....yg ni pon tipu jugak........... byk lg budak2 kat kg yg x pandai guna komputer...nak harapkan sentuh komputer skit2 masa kat sekolah,jgn haraplah...setakat kenal mana monitor,mana tikus,mana ekor bleh la....

YOGA HARAM

PUTRAJAYA 22 Nov. – Amalan senaman yoga secara sistematik iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam.
Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


nak tau lebih lanjut berita tu, bace sendiri.................
ish..ntah ler..nak komen lebih2 ,aku bukanlah orang yang layak..tetapi kan...BG AKU lah..kenapa isu ni yang digembar gemburkan??x dak isu lain ke? semua yang buat yoga tu, bace ke mentera2 agama lain?rasanya sekrgn ramai yg praktis yoga sbg aktiviti rekreasi jer...
rasanya skrng ni byk lagi isu2 lainyg patut diberi perhatian... bila lg nak nak cakap pasal night club ke,rumah urutab,rumah judi, dan macam2 lagi yg mmg sah2 haram...
emm..lagi satu,yg pasal rasuah ke,coruption ke, dan yg seangkatan...x HARAM ke??
skrg ni byk lagi perkara2 pasal akidah esp anak2 muda yg patot dbagi perhatian..kalu nak wat, biar btul2 dan menyeluruh and jangan HANGAT2 TAHI AYAM...
macam larangan ROKOK D TEMPAT AWAM,..ada ke sman btul2 semua org tu?rasanya x bg efek pon kat kaki2 rokok yang tegar...
tp pape pun,dah majlis tukate mcm tu,kena la terima..pape pon, tnya hati masing...
ni pada pendapat aku je lah kan...

Saturday, November 22, 2008

monday morning blues..

huarghh...

esok kembali bekerja,selepas 4 hari menghabiskan cuti tahunan yg masihh byk ...hehhe..
malsnyo rasa...bila lah aku boleh dok d rumah aje tapi duit masukk..hehhe...mimpi jelah kot...
serius..bila dah keje,baru tau rupanya x best mana pon..tp nak smbung blaja blk,mcm dah ada unsur2 kemalasan..hehe..tunggu lah dulu,bile keje2 aku kat sini beres..(boleh ke kerja2 tu di habiskan?).....

x laratnya bile ing esok g hospital,kna mengadap lagi muka patient patient ku yang menunggu dengan penuh patient...(yeah rite!!!)..
tapi nak wat camne kan....ni lah punca rezeki aku ..komen byk2 kang jadi x bersyukur

plak..sekurang2 nya aku dapt rezeki halal untuk makan hasil dari kerja nie...kat luar sinun ramai lg org yang kurang bernasib baik...
tp yang aku x suka kat tempat kerja bukn patient2 nya...tp aku paling benci politik d situ..so sbb

tu lah kat sana aku wat polisi trust no one....janji keje aku beres n x menyusahkan org lain...cukup masa,balik umah,tido n tgk tv..yg paling best, x payah study untuk exam...hehhee....
.......wokes..dah dpt stabilkan mood dah utk esok...heheh...

Friday, November 21, 2008

happy blogging

hehe..nie peercubaan yang ke berapa ntah utk memblogkan diri..
awl2 pon dh ada yang tnya ni nak wat blog politik ke blog ape ..ni kira blog campur2 jelah .kalu aku buat blog yang 100% politik plak, kang x pasal2 kena di ISA kan...x snggup lagi weh nk masuk ISA mcm RPK...hehe..xpun kna panggil mcm kickdefella pon aku x nak..byk bnda lg nak di setelkan selain duk dalm pagar besi tu..(DISCLAIMER: tidak bias kepada mana2 pihak, ok!)
hehe..cioaw..