Ismail gesa pelaksanaan PPSMI dihentikan
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu dihentikan segera kerana ia akan hanya melenyapkan bahasa Melayu sebagai salah satu daripada bahasa ilmu dunia.
Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, selain itu, PPSMI juga melanggar kesucian Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi subjek-subjek utama di sekolah.
Beliau menegaskan, sebagai salah satu elemen dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Gapena tidak langsung menghalang perkembangan bahasa Inggeris dalam negara ini tetapi menolak penggunaannya sebagai bahasa pengantar bagi kedua- dua subjek berkenaan.
''Gapena juga mendapati PPSMI mengurangkan penguasaan pelajar Melayu dalam bahasa ibunda selain melemahkan kemahiran pelajar kaum lain dalam bahasa tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Dua Gapena, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dan Setiausaha Satu Gapena, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ketua Lepas Satu Lembaga Perkembangan Sastera Perak, Datuk Khairuddin Arshad.
Dalam pada itu, Abdul Latiff menjelaskan, PPSMI merupakan satu isu besar yang mampu menyokong atau menjatuhkan kerajaan memerintah.
Kata beliau, menerusi kajian Gapena, seramai 3,500 guru Melayu di Kuala Terengganu memilih untuk mengundi Pas pada pilihan raya kecil baru-baru ini akibat kecewa dengan pelaksanaan dasar pendidikan baru berkenaan.
''Ini menunjukkan kakitangan kerajaan sendiri tidak bersetuju dengan dasar PPSMI," jelasnya.
Zainal Abidin pula menambah, subjek Sains dan Matematik tidak sesuai diajar dalam bahasa Inggeris kerana jika seseorang pelajar itu lemah dalam bahasa berkenaan, dia akan menghadapi kesukaran yang lebih teruk dalam kedua-dua subjek tersebut.
''Bahasa Matematik dan bahasa Sains adalah bahasa formula, bahasa rumus sedangkan bahasa Inggeris penuh dengan ekspresi dan kiasan.
''Jadi PPSMI seolah-olah mahu mentransformasikan bahasa Inggeris kepada bahasa robot yang tidak lagi indah dan sukar," ujarnya.
Sementara itu Khairuddin memberitahu, pelaksanaan PPSMI menyukarkan para pelajar di luar bandar untuk bersaing dengan rakan-rakan mereka di bandar.
Katanya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sejak beberapa tahun lalu, pihaknya mendapati ramai pelajar Melayu di luar bandar memperolehi keputusan 5A 3B.
''Lima A itu adalah bagi subjek yang tiada kaitan dengan bahasa Inggeris sementara tiga B merupakan subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
''Jadi kerisauan kami ialah keputusan sebegitu menyebabkan para pelajar berkenaan tidak dapat memasuki aliran Sains dan membunuh cita-cita mereka untuk menjadi jurutera atau doktor," katanya.
mana pegi pembela2 melayu semua?mana pegi NGO2 dan sepanduk2nya?rsanya byk cara lagi nak suh org melayu spiking.kt subjek english sendiri tu pon boleh di tingkat kan lagi..klau dulu,makcik2 kat kg yg x tau spiking boleh ajar anak kat rumah lagi..skrg bile dah jadi mat saleh, dah x boleh ajar anak dah...jgn le 'pekakkan hati, butakan telinga(kalu translate jadi apa ye?)
do agree with u..dorang ni patut improvekan dulu English itself, baru la bley aplikasikan ppsmi..dlm english class pn, these students t'kial2 nk paham apa benda yg diajar..apa lg la nk blaja sc n maths dlm english..huhuh..
ReplyDeleteSebenarnya satu tindakan tergesa-gesa tanpa kajian. Yang jadi mangsa ialah murid dan guru juga.
ReplyDelete