- sedikat petikan daripada ridhuan tee (utusan 22/12/08 )
....Hari ini kita gagal meletakkan haramnya rasuah, sekurang-kurangnya pada tahap sama haramnya babi. Kita begitu jijik dengan babi, usahkan hendak memakan, malah mendekatinya sudah menakutkan, apatah lagi untuk memegang najis itu sesuka hati. Kejayaan kita memomokkan haramnya babi ini, menyebabkan kita masih beranggapan bahawa memakan rasuah tidak seteruk seperti makan babi. Pada persepsi kita, haramnya babi lebih mudarat daripada haramnya rasuah. Asalkan babi tidak masuk perut, maka halallah kehidupan di muka bumi ini.
Pemikiran sebegini hendak diubah. Selain daripada haramnya babi, sesuatu yang haram sumbernya, adalah juga haram dimakan, sama seperti haramnya makan babi. Malah makan rasuah lebih besar mudaratnya daripada makan babi. Ini bukanlah bermakna, saya hendak meringankan haramnya najis babi.
Apa yang saya ingin jelaskan adalah sumber yang haram masuk ke perut menjadi darah darah daging kita dan anak-anak kita. Justeru, tidak hairan jika ramai yang mengadu kepada saya, kenapa anak-anak mereka telah dididik dengan baik, mendapat pendidikan agama yang cukup, tetapi masih berkelakuan tidak seperti manusia. Inilah yang yang cuba saya ketengahkan bahawa walaupun kita tidak suapkan anak kita dengan daging babi, pendapatan haram daripada sumber haram (rasuah) adalah sama seperti kita menyuapkan daging babi ke mulut anak kita. Bila sumber yang masuk ke perut haram, maka terbitlah tingkah yang haram juga...................
Salam leiah,
ReplyDeleteSeharam-haram babi, adalah berdosa kepada Allah. Mohonlah keampunan Allah sekiranya sedar kesilapan.
Haram makan rasuah, haram makan harta rakyat, menyeksa orang lain dengan ISA bagaimana. Adakah Allah boleh mengampunkannya?
Tepuk dada, tanya otak!
ya, berfikirlah yang serius sebelum beri anak2 makan.
ReplyDeleteyang haram tetap haram kan..
ReplyDeletehey honey update! update! *kiss*kiss*
ReplyDeletecukup gedik dok? hahhhaha