Sunday, December 14, 2008

KDN, JPA bincang ambil bekas penagih bekerja

-utusan

JOHOR BAHRU 13 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengambil bekas penagih dadah yang telah pulih berkhidmat di sektor awam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan perlu mencontohi program oleh pihak swasta yang memberi peluang pekerjaan kepada golongan tersebut bagi membolehkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat.
"Tetapi dalam kerajaan iaitu dalam Perintah-Perintah Am, sekali kena buang kerja kerana terlibat dengan dadah, tak boleh ambil balik.
"Kerajaan sedang berbincang dengan JPA, kerajaan pun kena tunjuk contoh yang baik dengan mengambil bekas penagih yang layak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Memperkasa Komuniti Pemulihan negeri dan Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Desa Damai di Larkin di sini hari ini.
Syed Hamid berkata, penagih dadah perlu diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa dan mendapat pekerjaan atau sumber ekonomi untuk menyara diri serta menyumbang kepada negara.

bagus2..satu langkah yang bijak..at least drpd diorng ni duk merayau2 x tentu hala, lagi baik diorng disuruh bekerja bersama2 ..sekurng2nya adalah jugak sumbangan tenaga diorng kat negara..bekas2 penagih ni pon dapt elakkkan diri daripada bergaul blk dgn geng2 lama...nnt bila dah kerja,diorng ni akan dapt kawan2 yg baru n suasana persekitaran yg lebih menyokong diorng utk berubah...

2 comments:

  1. uncle sokong tetapi bukan yang berpenyakit dan mesti melalui penapisan yang ketat. Bekas penagih ini ada bermacam ragam. Yang insaf dan tidak. Jangan pula dengan kemasukan mereka membawa petaka kepada jabatan dan kakitangan lain.

    ReplyDelete
  2. btul2..maksudnya bukan sebarangn yg boleh join gov..kena yg btul2 .ttp bukan brmaskud org2 yg biasa trpaksa dketepikan semata2 utk diorng.

    ReplyDelete