Suami wanita tertua Terengganu ditahan kes dadah
HULU TERENGGANU 7 Julai - Kisah unik wanita tertua di Terengganu, Wook Kundur yang berusia 107 tahun selain mempunyai seorang suami yang jauh lebih muda, pernah menggemparkan negara.
Namun, saat manis mereka seolah-olah tidak bertahan lama apabila suaminya itu, Mohd. Nor Musa ditangkap oleh sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana disyaki menagih heroin.
Mohd. Nor, 38, ditangkap di pekarangan rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang kira-kira pukul 2.20 petang ini.
Dia didapati positif mengambil dadah jenis heroin kemudian dihantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk rawatan selama dua tahun.
Penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan Pindaan 1998.
Ketua Pegawai AADK Hulu Terengganu, Rohana Hitam berkata, ketika Mohd. Nor ditahan, isterinya, Wook tiada di rumah.
"AADK menjalankan siasatan terhadap Mohd. Nor selama dua bulan selepas mendapat maklumat orang ramai mengenai penglibatannya dengan dadah.
"Malah, dia mengaku pernah dimasukkan ke Pusat Serenti Tampin, Negeri Sembilan," katanya di sini hari ini.
Pasangan suami isteri itu pernah mendapat liputan meluas apabila berkahwin pada tahun 2005 dan hidup bahagia walaupun berbeza jarak usia hampir 69 tahun.
Ia adalah perkahwinan pertama Mohd. Nor manakala yang ke-22 buat Wook. Bagaimanapun hasil perkahwinan pasangan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Menurut Rohana, Mohd. Nor dihantar ke Puspen selepas dia sendiri sanggup untuk menjalani rawatan di pusat pemulihan itu.
Katanya, sekiranya berkelakuan baik dan menunjukkan pemulihan, Mohd. Nor boleh dibebaskan lebih awal.
Sementara itu, Wook berkata, dia berharap suaminya cepat berubah untuk kembali pulih selain bertaubat serta sentiasa mengingati tuhan.
"Dulu memang dia kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa. Tapi hari ni, ada orang datang beritahu dia kena tangkap, kena gari.
"Saya memang sedih tapi nak buat macam mana, eloklah dia berubat dulu," katanya ketika ditemui di pejabat AADK di Ajil.
Walaupun Mohd. Nor ditangkap, Wook tetap memaafkan suaminya dan bersedia menerimanya kembali.
Menurutnya, dia sempat mengirimkan tasbih, kain pelikat dan kopiah kepada suaminya itu.
alahaiiii ...................... makhluk2 addicts ni.....setiap ada luang nak diambil nye....
mmg jahat samapi mati kott..
p/s to makcik wook..: pls ,..makcik,.never trust him again..hbiskan sisa umur yg tinggal dgn sebaik2nya....juz appreciate urself..
Salam leiah.
ReplyDeleteApa yang uncle perhatikan, sekali menjadi tahi dadah, dia tidak akan pulih. Walau berubat peluang untuk pulih adalah terlalu kecil. Janganlah diharapkan mereka akan pulih sepenuhnya.
Membazirkan harta dan masa saja berkorban untuknya.
a a,btol tu uncle...kuar masuk serenti pon mcm xde effect..
ReplyDeleteKepada uncle mountweller dan leiah ,
ReplyDeleteSaya paham sakit hati anda berdua, tetapi saya rasa anda berdua salah serta tidak patut dan tidak layak untuk menilai suami makcik wok & juga mana2 bekas penagih mahupun penagih.
Saya ingin bertanya adakah manusia yang normal? ( mungkin anda berdua rasa anda normal). Ya saya tahu perbuatan menagih dadah merosakkan diri dan menyusahkan keluarga dan masyarakat tetapi cuba anda renung kan ada banyak jenis penagih (termasuk penagih blog -blogger). Ada manusia yang nampak & claim normal tetapi dalam diam penagih seks dan lebih teruk pernah saya jumpa seorang lelaki tua yang ketagih nak lihat lurah buntut perempuan yang pakai seluar jeans yang terlondeh sampai bawah pinggang (semasa menungang motosikal atau duduk direstoran). Mungkin satu hari dia akan mulakan langkah untuk memegang buntut pulak (bukan kah itu juga mengganggu dan menyusahkan masyarakat).
Dan satu lagi saya nak cerita satu kisah yang berlaku kepada sebuah keluarga yang melibatkan mak & anak lah. Si Mak ni mulut agak becuk dan suka cakap dan merendahkan penagih dadah yang kebetulan adalah adik beliau juga.Satu hari Beliau (mak) memarahi adiknya dan melarang adiknya dari mengangkat mayat mak mereka (sewaktu nak bawa ke perkuburan)kerana dia rasa mereka tak suci & khayal takut jatuhkan keranda tu la.
Akan tetapi Allah maha kaya lagi maha mengetahui beberapa bulan lepas itu si mak tersebut dapat tahu anak beliau juga baru terjebak dengan dadah. Sama ada balasan atau kebetulan tetapi peristiwa tersebut cukup membawa erti dan mengubah persepsi si ibu tersebut tersebut terhadap penagih dadah. Si Ibu pasrah & tabah menghadapi,melayan dan cuaba merawat tabiat penagihan si anak tersebut. Berkat ketabahan si ibu selama 15 tahun sianak bergelar penagih dadah dan kini sianak telah pun bebas dari belenggau dadah selama 8 tahun. Sianak sekarang giat melakukan kerja-kerja kebajikan terutama bagi membantu rakan senasib memulihkan diri & yang terbaru mengujudkan sebuah pertubuhan bagi membantu penagih memulihkan diri dan berpeluang menikmati semula kehidupan seperti manusia biasa walaupun terpaksa hidup dicelah-celah manusia macam awak berdua.
Saya harap awak berdua dapat merenung dan muhasabah diri sebelum membuat sesuatu kenyataan, kerana anda tak kan tahu apa akan jadi masa depan dan renung sedalam dalam dan pastikan anda bukan penagih (maksud saya selain dari menagih dadah)- Assalamualaikum
apit - pada perkiraan saya, amaun kemusnahan yang dilakukan oleh penagih dadah lagi besar jika dibandingkan dengan penagih2 lain contohnya penagih blog dan penagih lurah buntut...bukan tiada penagih dadah yang dapat pulih tetapi berapa kerat sgtlah..dan itupun saya rasa setelah menjalani pelbagai terapi termasuklah terapi cara tradisinal , bukan hasil drpd pusat serenti semata2..
ReplyDeleteDadah Musuh Negara..=))
ReplyDelete