Friday, August 14, 2009
teruskan
Majlis rasmi tetap diterus - MB
-utusan-
KUALA LIPIS 13 Ogos - Kerajaan negeri Pahang tidak akan menangguhkan mana-mana majlis rasmi walaupun negeri ini dilanda wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun sesuatu majlis itu ditangguhkan, tidak bermakna mereka yang dikuarantin berada di rumah atau mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan.
Malah katanya, sekiranya satu-satu majlis rasmi itu dibatalkan, ia tidak akan mengurang atau menghapuskan penularan wabak tersebut.
"Penyakit itu tidak memilih mangsa sama ada orang muda, tua atau kanak kanak tetapi ia boleh berjangkit melalui mereka yang sudah terkena jangkitan wabak tersebut," kata Adnan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Kampung Gua, Lipis di sini semalam.
Turut hadir antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO Lipis, Abu Jimi Samat.
Sebelum ini, Adnan pernah mencadangkan supaya semua sekolah di negeri ini ditutup setelah pelajar di beberapa buah sekolah dijangkiti wabak tersebut.
Namun katanya, beliau dimaklumkan oleh pihak kesihatan langkah tersebut tidak akan mengatasi atau mengurangkan penularan wabak itu disebabkan ada pelajar yang tidak dijangkiti virus berkenaan tetap keluar ke bandar dan terdedah kepada jangkitan semasa berada tempat awam.
Beliau berkata, apa yang lebih penting ialah, orang ramai perlu menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan jika dijangkiti simptom selesema, batuk, sakit tekak dan demam berpanjangan.
Tambahnya, mereka yang didapati positif H1N1 hendaklah mengasingkan diri daripada orang lain termasuk ahli keluarga sendiri.
Di negeri Pahang kata beliau, penularan wabak selsema babi masih lagi terkawal dan pihak kesihatan serta kakitangannya bertugas 24 jam bagi menghadapi dan menangani situasi tersebut.
"Tindakan pihak kesihatan semata-mata tidak bermakna jika orang ramai tidak mematuhinya dan apa yang penting kita perlu sentiasa berwaspada kerana mencegah lebih baik daripada berubat," kata Adnan.
Beliau turut menasihati peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga penutup mulut dan hidung ketika wabak tersebut dilaporkan terus menular.
"Saya menerima laporan ada sesetengah pekedai menjual sehingga RM5.00 sekeping kepada orang ramai sedangkan harga biasa hanya RM1.20 sahaja sebelum ini.
"Kita kena bertimbang rasa dan menunaikan tanggungjawab sosial ke atas masyarakat, jangan pula mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlipat ganda," kata beliau.
rsanya ni antra statemnt yg agak kurang cerdik ..(or stupid).kalo dah tau tidak semestinya mereka yang dikuarantin berada di rumah atau mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan & ada pelajar yang tidak dijangkiti virus berkenaan tetap keluar ke bandar dan terdedah kepada jangkitan semasa berada tempat awam., kena la fikirkan mcm mna nak mengatasi masalah ni...
atau pon tunggu dia nyer fmly kena dulu bru nk serius & stop givin such a stupid statemnt
Subscribe to:
Comments (Atom)