Saturday, October 31, 2009

sharing is caring

Friends, make sure you read this story until the end

POWER OF MONEY By Adam Khoo - Singapore's youngest millionaire at 26 yrs.

I travel around the region pretty frequently, having to visit and conduct seminars at my offices in Malaysia, Indonesia, Thailand and Suzhou (China). I am in the airport almost every other week so I get to bump into many people who have attended my seminars or have read my books.
Recently, someone came up to me on a plane to KL and looked rather shocked. He asked, 'How come a millionaire like you is traveling economy?' My reply was, 'That's why I am a millionaire. ' He still looked pretty confused. This again confirms that greatest lie ever told about wealth (which I wrote about in my latest book 'Secrets of Self-Made Millionaires'). Many people have been brainwashed to think that millionaires have to wear Gucci, Hugo Boss, Rolex, and sit on first class in air travel. This is why so many people never become rich because the moment that earn more money, they think that it is only natural that they spend more, putting them back to square one.
The truth is that most self-made millionaires are frugal and only spend on what is necessary and of value. That is why they are able to accumulate and multiply their wealth so much faster. Over the last 7 years, I have saved about 80% of my income while today I save only about 60% (because I have my wife and 2 kids, mother in law, 2 maids etc. to support). Still, it is way above most people who save 10% of their income (if! they are lucky).
I refuse to buy a first class ticket or to buy a $300 shirt because I think that it is a complete waste of money. When I joined the YEO (Young Entrepreneur's Orgn)a few years back (YEO is an exclusive club open to those who are under 40 and make over $1m a year in their own business) I discovered that those who were self-made thought like me. Many of them with net worth well over $5m, travelled economy class and some even drove Toyota's and Nissans,not Audis, Mercs, BMWs.
I noticed that it was only those who never had to work hard to build their own wealth (there were also a few ministers' and tycoons' sons in the club) who spent like there was no tomorrow. Somehow, when you did not have to build everything from scratch, you do not really value money. This is precisely the reason why a family's wealth (no matter how much) rarely lasts past the third generation. Thank God my rich dad foresaw this terrible possibility and refused to give me a cent to start my business.
Then some people ask me, 'What is the point in making so much money if you don't enjoy it?' The thing is that I don't really find happiness in buying branded clothes, jewellery or sitting first class. Even if buying something makes me happy it is only for a while, it does not last.
Material happiness never lasts, it just give you a quick fix. After a while you feel lousy again and have to buy the next thing which you think will make you happy. I always think that if you need material things to make you happy, then you live a pretty sad and unfulfilled life..
Instead, what makes me happy is when I see my children laughing and playing and learning ! so fast. What makes me happy is when I see my companies and trainers reaching more and more people every year in so many more countries. What makes me really happy is when I read all the emails about how my books and seminars have touched and inspired someone's life.
What makes me really happy is reading all your wonderful posts about how this blog is inspiring you. This happiness makes me feel really good for a long time, much much more than what a Rolex would do for me.
I think the point I want to put across is that happiness must come from doing your life's work (be it teaching, building homes, designing, trading, winning tournaments etc.) and the money that comes is only a by-product. If you hate what you are doing and rely on the money you earn to make you happy by buying stuff, then I think that you are living a life of meaninglessness.

Wednesday, September 23, 2009

sms raya

dalam ribuan(statistik paper utusan) sms raya yang dapat tahun nie, ada satu yang paling panjang & rsanya agak membuatkan aku berfikir sejenak..

kita minta kepada Tuhan setangkai bunga segar
Dia beri kaktus berduri
kita minta kupu2

diberiNya ulat berbulu
kita sedih & kecewa
namun kemudian,

kaktus itu berbunga,
indah sekali
dan ulat itu pun menjadi kupu2 yang cantik
itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya
Tuhan tidak memberi apa yang kita HARAPKAN
ttp Dia memberi apa yang kita PERLUKAN
kadang2 kita sedih, kecewa, terluka
tetapi jauh di atas segalaNya,

Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin...


kemudian bru aku trpikir byknye harapn aku terutamanya utk raya ni.
aku hrpkan keempat2 baju aku siap walaupon hnya perlukan 1 sahaja.masih hrpkan dpt tambah lg koleksi biksut raya walaupon stok sediaada cukup sehingga raya haji.masih hrpkan dpt tempah lagi carrot cake secret recipe walapon dlm fridge dah ade beberapa kek yg cukup sehingga hbis bulan Syawal,
..dan lagi byk aku berpikir,lagi byk aku sedar dah berapa byk benda yg aku rasa itu adalah keperluan sebenarnya adalah bukan keperluan sebenrnya...
oh itu baru utk bulan Syawal, bagaimana utk hidup yang lepas dan akan datang?
kadang2 kita terlalu menghrpkan sesuatu yg tidak perlu dan terlalu mnghrpkan semua yang terbaik tnpa menghrgai ape yg telah kita ada walaupon sebenrya itulah yang terbaik & akhirnya byk perkara yng terbaik dan perlu utk kita trlepas dari kita ..

Friday, August 14, 2009

teruskan



Majlis rasmi tetap diterus - MB
-utusan-
KUALA LIPIS 13 Ogos - Kerajaan negeri Pahang tidak akan menangguhkan mana-mana majlis rasmi walaupun negeri ini dilanda wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun sesuatu majlis itu ditangguhkan, tidak bermakna mereka yang dikuarantin berada di rumah atau mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan.

Malah katanya, sekiranya satu-satu majlis rasmi itu dibatalkan, ia tidak akan mengurang atau menghapuskan penularan wabak tersebut.
"Penyakit itu tidak memilih mangsa sama ada orang muda, tua atau kanak kanak tetapi ia boleh berjangkit melalui mereka yang sudah terkena jangkitan wabak tersebut," kata Adnan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Kampung Gua, Lipis di sini semalam.
Turut hadir antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO Lipis, Abu Jimi Samat.

Sebelum ini, Adnan pernah mencadangkan supaya semua sekolah di negeri ini ditutup setelah pelajar di beberapa buah sekolah dijangkiti wabak tersebut.
Namun katanya, beliau dimaklumkan oleh pihak kesihatan langkah tersebut tidak akan mengatasi atau mengurangkan penularan wabak itu disebabkan ada pelajar yang tidak dijangkiti virus berkenaan tetap keluar ke bandar dan terdedah kepada jangkitan semasa berada tempat awam.
Beliau berkata, apa yang lebih penting ialah, orang ramai perlu menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan jika dijangkiti simptom selesema, batuk, sakit tekak dan demam berpanjangan.
Tambahnya, mereka yang didapati positif H1N1 hendaklah mengasingkan diri daripada orang lain termasuk ahli keluarga sendiri.
Di negeri Pahang kata beliau, penularan wabak selsema babi masih lagi terkawal dan pihak kesihatan serta kakitangannya bertugas 24 jam bagi menghadapi dan menangani situasi tersebut.
"Tindakan pihak kesihatan semata-mata tidak bermakna jika orang ramai tidak mematuhinya dan apa yang penting kita perlu sentiasa berwaspada kerana mencegah lebih baik daripada berubat," kata Adnan.
Beliau turut menasihati peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga penutup mulut dan hidung ketika wabak tersebut dilaporkan terus menular.
"Saya menerima laporan ada sesetengah pekedai menjual sehingga RM5.00 sekeping kepada orang ramai sedangkan harga biasa hanya RM1.20 sahaja sebelum ini.
"Kita kena bertimbang rasa dan menunaikan tanggungjawab sosial ke atas masyarakat, jangan pula mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlipat ganda," kata beliau.

rsanya ni antra statemnt yg agak kurang cerdik ..(or stupid).kalo dah tau tidak semestinya mereka yang dikuarantin berada di rumah atau mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan & ada pelajar yang tidak dijangkiti virus berkenaan tetap keluar ke bandar dan terdedah kepada jangkitan semasa berada tempat awam., kena la fikirkan mcm mna nak mengatasi masalah ni...
atau pon tunggu dia nyer fmly kena dulu bru nk serius & stop givin such a stupid statemnt

Friday, July 24, 2009

jiwanya sakit

gelak besar cilok kat sini


Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit.

Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya.

Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

Saturday, July 18, 2009

Teoh Beng Hock

menakutkan...menyeramkan...mmg terasa mcm dalam filem hindi...politik di Mesia semakin maju...
ape pun, may he rest in peace & takziah kepada family...

Friday, July 17, 2009

kereta ku hilang

4.30 ptg smlm,dengan tepat trus nk blk rumh..dlm hati berdoa kereta tak kena block kerana itulah risiko skrg di HRPZ semnjk byk prking lot ditutup utk proses pembinaan bangunan baru..masalh ni tak lama sbb bangunan tu amik masa 5 tahun jeee nak siap...

smpai kat prking area kat belakng hospitl..jntung mcm nk luruh...kereta ayg biasanya dilletakkn kat situ xde...yg ada hnya daun2 kering..ya alllah...ape aku nk buat ni?? stat nk panik n gelabah tp try utk maintain kewl...lama jgk bertafakur...mula nak rsa sedih, frust,..
.tiba2 ada makcik cleaner yg aku biasa beramah mesra...


makcik: nk blk dah ke adik?
aku yg frust: a ah mkcik. (smbl2 cube cover gelabah)
makcik:awal blk, slalu x cept2 mcm...
aku yg frust:a ah, ade hal harini.(byk ckp la pulak dia ni...)
makcik:ooo...nk kuar ngn kwn ye...tunggu kwn amik kat belakng ni ek.
aku yg frust:err..ermm..x jgk...eh nape mkcik kate gitu?(cepat la blahh..nk nangis ni keta dah hilnag...)
makcik:x, sbb pagi tdi kan makcik tgk awk parkin kat depan sana tu..tp ni nk blk apsal dtg jauh2 kat blkng ni plk...
aku yg frust: ......??????................(hahhhh?btol ke aku park kat dpn tdi???)
makcik:tu mkcik kate awk tunggu kwn kat sini.
aku yg frust:a ah mkcik,amik brg je ngn kawn kt sini..ni nk blk dah ni..nk g amik keta kat depan tu....bye mkcik..blk dulu..............(tenkiu makcik...sya ni ada SHORT TERM MEMORY LOSS skitt....................)

Tuesday, July 14, 2009

cuti-cuti

harini satu kelantan dapt cuti free..utk memudahkan g mengundi bak kata tok guru...since aku tak terlibat, aku hanya bagi sokongan moral dari rumah jelah...gumbira btol dapt cuti sbb julai kan x de cuti umum..dari petang isnin, aku duk pikir2 list ape yg aku nak buat...
so kesimpulannya aku akan membereskkan kerja2 aku yg byk tak siap..

ade member ajak g picnic,aku menolak dgn alasan ada kerja, member ajak g kuar makan2,aku tolak gak sbb nk siapkan kerja..masa yg amat berguna ni...rugi la kalu g berpoya2 (dalam hati je aku berkata)..keazaman nk gunakan masa dgn btul2 berkobar2...

malamnye bila stat buat kerja skit, da ngntuk...aku tido jap, bangun balik,tido jap,bangun balik..sampai ke brapa kali entah...las2 aku kate..xpe,tido jelah,esok masih ade...esok cuti..kena kasik badan rasa gak tido awal...(nak hilangkan rasa bersalah)..

paginye lepas setel2 semua..stat nk wak keja blk..buat skit,rasa bosan..rest kjap,g tgk tv, sambung balik, rest,borak2 ngn kwan2, sambung blk, surfin jap..tp melalaut brapa jam, ttertido jap, tv...sampai brapa kitar intah..las2 keputusan diambil...tido jelah..kan ni hari cuti..bila lg nak rest...kesian kat otak dan badan tu..

mlmnye...tgk balik....dalam byk2 list benda yang nak dibuat..satu ape pon tak disiapkan...
dalam hati..kalau tau gini..baik la aku ikut diorang g kuar...duk rumah sama jer...

xpelah..tunggu lagi next by election kat kelate ni..nnt dapt lagi cuti peristiwa..time tu aku akn gunakan btol2..yeahhh rriteeee ...adoila..ni la manusia..suka bertangguh2, suka mencari alasan ...sentiasa dalam kerugiann..

Wednesday, July 8, 2009

wook againnn

Suami wanita tertua Terengganu ditahan kes dadah

HULU TERENGGANU 7 Julai - Kisah unik wanita tertua di Terengganu, Wook Kundur yang berusia 107 tahun selain mempunyai seorang suami yang jauh lebih muda, pernah menggemparkan negara.
Namun, saat manis mereka seolah-olah tidak bertahan lama apabila suaminya itu, Mohd. Nor Musa ditangkap oleh sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana disyaki menagih heroin.
Mohd. Nor, 38, ditangkap di pekarangan rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang kira-kira pukul 2.20 petang ini.
Dia didapati positif mengambil dadah jenis heroin kemudian dihantar ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk rawatan selama dua tahun.
Penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan Pindaan 1998.
Ketua Pegawai AADK Hulu Terengganu, Rohana Hitam berkata, ketika Mohd. Nor ditahan, isterinya, Wook tiada di rumah.
"AADK menjalankan siasatan terhadap Mohd. Nor selama dua bulan selepas mendapat maklumat orang ramai mengenai penglibatannya dengan dadah.
"Malah, dia mengaku pernah dimasukkan ke Pusat Serenti Tampin, Negeri Sembilan," katanya di sini hari ini.
Pasangan suami isteri itu pernah mendapat liputan meluas apabila berkahwin pada tahun 2005 dan hidup bahagia walaupun berbeza jarak usia hampir 69 tahun.
Ia adalah perkahwinan pertama Mohd. Nor manakala yang ke-22 buat Wook. Bagaimanapun hasil perkahwinan pasangan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Menurut Rohana, Mohd. Nor dihantar ke Puspen selepas dia sendiri sanggup untuk menjalani rawatan di pusat pemulihan itu.
Katanya, sekiranya berkelakuan baik dan menunjukkan pemulihan, Mohd. Nor boleh dibebaskan lebih awal.
Sementara itu, Wook berkata, dia berharap suaminya cepat berubah untuk kembali pulih selain bertaubat serta sentiasa mengingati tuhan.
"Dulu memang dia kerap keluar malam jumpa kawan-kawan. Dia juga jual kereta dan cincin saya, tapi saya tak syak apa-apa. Tapi hari ni, ada orang datang beritahu dia kena tangkap, kena gari.
"Saya memang sedih tapi nak buat macam mana, eloklah dia berubat dulu," katanya ketika ditemui di pejabat AADK di Ajil.
Walaupun Mohd. Nor ditangkap, Wook tetap memaafkan suaminya dan bersedia menerimanya kembali.
Menurutnya, dia sempat mengirimkan tasbih, kain pelikat dan kopiah kepada suaminya itu.

alahaiiii ...................... makhluk2 addicts ni.....setiap ada luang nak diambil nye....
mmg jahat samapi mati kott..
p/s to makcik wook..: pls ,..makcik,.never trust him again..hbiskan sisa umur yg tinggal dgn sebaik2nya....juz appreciate urself..

Saturday, July 4, 2009

5 tahun

Ptg tadi, semua fmly dikejutkan dengan berita anak buahku – Yanis(5 tahun) disengat tebuan. Alhamdulillah semua nya okay setelah g klinik. Sampai di rumah, aku pun sebuk meng interview nya.

Aku: Yanis, sakit ke ?

Yanis:Sakit la. Nasib baik Yanis tak mati.

Aku: Kalau mati,jadi ape?Tak pe lah mati kan (aku cuba untuk provoke). Masuk kubur je kan.

Yanis:Yelah, Yanis x pe masuk kubur. Sbb nnt dlm kubur, masuk syurga. Dalam syurga ada coklat banyak, ada kopok byk, ada gula-gula byk, ....

Aku: (memotong ayat Yanis)... A a, btol tu Yanisss, nnt bunga2 kat sana pon boleh makan sbb buat dgn coklat, pokok2 plak buat dgn kopok yang byk Yanisss...best woo...(sekadar menambah keimanan Yanis). Chewing gum pon bykkk...

Yanis: Yeke Cik Lie?

Aku: iyee Yanis....(menambah keimanan Yanis lagi)

Yanis: Mmg la best Cik Lie, tapii....

Aku: Tapi ape Yanis? X suka ke nak g syurga ke?(saja je aku nak provoke lagi)

Yanis: .....(Dengan selambanya)Tapi kalau Yanis mati, nnt ibu Yanis jadi x de anak la pulak..Kesiannn ibu....Nnt dia sedih. Yanis ok, sbb kat dlm syurga dah ada byk coklat, kopok...

Aku: ..Hah??....................terdiam terus....
(Dalam hati: Ya Allah, adakah aku dah se ready Yanis untuk mati?Sebesar2 aku pon, aku takot gak nak mati nieh...Tq Yanis, sbb tolong igtkan Cik Lie ! )

Friday, July 3, 2009

donkey

This theory will win the Physics Nobel Prize in 2009!
(haha..quite interesting...got it from fwded email..)

Equation 1
Human = eat + sleep + work + enjoy
Donkey = eat + sleep

Therefore,
Human = Donkey + work + enjoy

Therefore,
Human - enjoy = Donkey + work

In other words,
Human that don't know how to enjoy = Donkey that work
============ ========= ========= ========= ========= ===

Equation 2

Men = eat + sleep + earn money
Donkeys = eat + sleep

Therefore,
Men = Donkeys + earn money

Therefore,
Men - earn money = Donkeys

In other words,
Men that don't earn money = Donkeys
============ ========= ========= ========= ========= ====

Equation 3

Women = eat + sleep + spend
Donkeys = eat + sleep

Therefore,
Women = Donkeys + spend

Therefore,
Women - spend = Donkeys

In other words,
Women that don't spend = Donkeys
============ ========= ========= ========= ========= =====

To Conclude:

From Equation 2 and Equation 3
Men that don't earn money = Women that don't spend.

So, Men earn money not to let women become Donkeys! (Postulate 1)

And, Women spend not to let men become Donkeys! (Postulate 2)

So, we have?
Men + Women = Donkeys + earn money + Donkeys + spend money

Therefore from postulates 1 and 2, we can conclude,
Man + Woman = 2 Donkeys that live happily together!

Friday, June 12, 2009

selsema babi


babi pon dah malu nk pkai nama btul..




Wednesday, June 10, 2009

bi

PPSMI: Jangan korbankan bahasa kebangsaan
-utusan-

KUALA LUMPUR 8 Jun – Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan tidak sepatutnya dikorbankan melalui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, ia hanya merugikan masyarakat hanya semata-mata kerana mahu mengejar kemajuan dalam dua bidang itu dengan pantas melalui penggunaan bahasa Inggeris.
“Saya khuatir anak-anak kita nanti tidak tahu mengira dalam bahasa kebangsaan. Ini satu kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel ‘Forum Perpaduan Melalui Bahasa Kebangsaan’ sempena Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat Cina anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.
Turut menjadi panel dalam forum dipengerusikan bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman itu ialah Timbalan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Datuk David Chua Kok Tee.
Tsu Koon yang merupakan bekas pendidik berkata, amat merugikan jika dari peringkat asas pembelajaran kanak-kanak sudah tidak ada istilah atau unsur sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan akibat penggunaan bahasa asing dalam pengajaran dan pembelajarannya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan diminta membuat satu keputusan munasabah untuk memastikan perkara itu tidak terjadi dan pada masa sama, terus memperkukuhkan bahasa Inggeris.

-hurmm..memalukan sungguh...seorang cina pon boleh berkata begini...
cuba bandingkan plak dgn berita yang di bawah ni...x faham betul la ...isu PPSMI pon x setel lagi, dah nk timbulkan isu baru..sudah2 la tu...tukar je blk ngajar dlm melayu.yg batch2 yg terkena tu,xpelah,baik rugi skit dari terus rugi selama2 nya...knapa makin beria2 smpai terpikir plak nak suh wajib lulus spm..
zaman dulu2, blaja kot melayu.,ok ja yg pegi overseas...klau golongn yg terrer2 oklah,senang je nk blaja dlm english n bole lulus spm..diorng ni mmg calon2 utk ke luar negara lanjutkan pelajarn,so bruntung la dari satu segi sbb dah terbiasa dgn english terms...tp kalau yg golongan biasa2 sje mcm mana?..akn pegi ke u temptan dgn basic yg tidak kuat sgt sbb masa blaja pon x phm sgt....

SPM: Lulus BI wajib?
Oleh ROHANI IBRAHIMpengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Jun – Orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.
“Kementerian Pelajaran bukan hendak buat apa-apa keputusan atau cadangan berhubung kedua-dua perkara itu.
“Saya sekadar melontarkan perkara itu kepada masyarakat untuk mendapatkan pandangan. Saya anjurkan supaya ada maklum balas masyarakat dalam bentuk debat,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung pertama Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.
Hadir sama presiden penaja persatuan alumni itu, Tan Sri Yahaya Ibrahim.
Muhyiddin menambah, memandangkan beliau hanya ingin mengumpul pandangan berhubung kedua-dua perkara itu maka tiada sebarang tempoh yang ditetapkan untuk orang ramai mengemukakan pendapat.
“Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot.
“Saya juga memerlukan pandangan masyarakat mengenai pembelajaran bahasa Inggeris pada hari ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi untuk perbualan,” jelasnya.
Muhyiddin menambah, beliau melihat dua perkara itu dari sudut bagaimana kerajaan hendak tingkatkan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris.
“Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?” soal beliau.
Timbalan Perdana Menteri menambah, masyarakat perlu memberi pandangan sama ada pelajar luar bandar akan menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus untuk lulus dalam SPM.
“Pada masa ini, lebih kurang 70 peratus pelajar boleh dikatakan lulus bahasa Inggeris tapi kalau lulus dan tidak menggunakan bahasa itu ia tidak membawa apa-apa.
“Bolehkah pelajar memberi perhatian lebih serius dalam subjek Bahasa Inggeris jika ia salah satu subjek wajib lulus untuk mereka lulus SPM. Saya mahu masyarakat memikirkan perkara ini,” katanya.

Sunday, May 3, 2009

kesian

aku tersgt kesal,sedih,geram,marah sbb dpt tau org yg aku kenal jadi mangsa yang tak bersalah. niatnya hanya untuk ke tandas awam bertukar menjadi bencana seumur hidup. tangannya tercucuk jarum yang ditinggalkan (aku yakin secara sengaja) oleh drug addict yang durjana. disebabkan oleh makhluk2 itu, dia terpaksa menanggung risiko dijangkiti hiv dan sentiasa dalam ketakutan memikirkan kemungkinan kuman2 itu akan menjadi aktif. walaupun ubat antivirus terus diberikan dan ianya perlu dihabiskan dlm satu tempoh tertentu, risiko tetap ada & untuk menghapuskan perasaan bimbang dan takutnya tu bukanya perkara senang...sgt2 kesian.
nilah yg aku lg bertambah geram dekat makhluk2 ni. nak cucuk ape pun, tu masalah koranglah,sbb mmg tabiat ni x boleh berhentinye sampai mamp... errr.. sampai mati, tapi jgnlah memudaratkan org lain yang tak besalah.kalu dijangkiti sbb mmg sendiri nk 'koya' ke,jadi bapak ayam ke,mak ayam ke,anak ayam ke,bergaya hidup bebas ke, mcm 'berbaloi' lah jgk kan..tpi ni mmg sbb kesilapan org lain, org yg x besalah yg jadik mangsaa...sungguh x patut...skrg ni,dgn penuh emo nya, mmg aku rasa makhluk2 ni mmg patotnya di bom kan sampai hancur smua..bru la boleh selesaikan masalah penagih & salah guna dadah ni..sekurang2nya benih2 makhluk ni tidak terus bertebaran dari generasi ke satu generasi...skrg ni pon aku rsa budk2 yg ada hiv pon makin rmai. kesian budak2 yg x besalah ni,menanggung kesalahan orang lain..yg mak bapak diorng ni, masuk la pust pemulihan beratus juta kali pon atau sehingga mati pon- berapa kerat sgt la yg 100% pulih n x relapse....so nk senang dan cepat,aku bayangkan mcm ni - kumpulkan makhluk2 ni satu tempat dan..kaboommm...habis cerita..n ok,next batch plak..kumpul2 ramai,bg la peluang terakhir diorng inject puas2, time diorng duk tgh hi tu....kaboomm lg skali...senang dan cepat.. myb x rsa sakit masa kena bom tu sbb tgh hi kan...
(ya allah, sungguh jahatnya imaginasi aku ni...ampunkan aku!aku hanya manusia biasa yg ada emosi)
maksudnya disini ,zaman skrg ni, kena sentiasa berhati2 dan berigt2 kerana risiko utk kemudaratan ada d setiap sudut...tp sbnrnya,ape pun yg terjadi adalah takdir dan mungkin ada hikmah disebalik ape2 musibah yg berlaku..utk org yg aku kenal tu, bwk lah byk2 bersabar...

Friday, May 1, 2009

hepi besday!

hepi besday yati phg!!!smuga panjang umur n murah rezeki...sorry terlmbt sket nak wish ko tapi bukan ke prisip kite dr dulu kan...

better late than never...(ko bace dllm nada mcm p.******)..hehhe...

- aku carik2,las2 aku jumpe gambo nie- zaman2 kebusukan dulu2.. ;)





Friday, March 27, 2009

jangan lupa matikan...

***LETS PARTICIPATE, AND SEE THE IMPACT OF ONE SIMPLE ACTION - FOR OUR HOME THE EARTH AND FOR OUR CHILDREN, THE FUTURE GENERATION. LET'S CONTINUE TO CONSERVE ENERGY AND SAVE. KINDLY FORWARD THIS TO YOUR FAMILY, FRIENDS AND CONTACTS.***

Dear Friends and Colleagues:

Earth Hour 2009:

1. At 8:30pm on Saturday, March 28, 2009, cities and towns across the world will turn off their lights for one hour – Earth Hour – sending a powerful global
message that it is possible to take action on global warming.

2. Earth Hour 2009 will be the culmination of one billion people around the globe, in more than 1,000 cities from business, government and the
community turning off lights, and sending a message to world leaders in the lead-up to the United Nations Climate Change Conference Copenhagen 2009 that a commitment to actions that will reduce greenhouse gas emissions for the short and long term benefit of the planet.


3. By encouraging entire cities to perform this simple act, for just one hour, a powerful message is delivered to the world about the urgent need to address climate change, and shows that it is possible for everyone to make a difference.

4. Earth Hour began in one city, in one country in 2007, when more than 2.2 million households and businesses in Sydney turned off their lights for one hour on
Saturday, March 31, 2007.

5. In 2008, Earth Hour reached 370 cities and towns in more than 35 countries across 18 timezones, and the campaign shifted from a Sydney event to a
global sustainability movement. An estimated 50 to 100 million people around the world switched off their lights for Earth Hour in 2008, and global landmarks including the Golden Gate Bridge, Rome’s Coliseum, the Coke billboard in Times Square and Jumeirah Hotel in Dubai darkened for one hour.

6. Earth Hour 2009 will be a major call to action for every individual, government and business to take responsibility and play a part in ensuring a sustainable future.

Friday, February 20, 2009

bahasa bangla

Cerite brmula d satu station minyak. D station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro.
Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.
Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..
Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham.
Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..
Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal: ala..ko tolong ler aku..
Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..
Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;

"Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim", .......................
baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh...

Monday, February 16, 2009

mak saleh

Ismail gesa pelaksanaan PPSMI dihentikan

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu dihentikan segera kerana ia akan hanya melenyapkan bahasa Melayu sebagai salah satu daripada bahasa ilmu dunia.
Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, selain itu, PPSMI juga melanggar kesucian Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi subjek-subjek utama di sekolah.
Beliau menegaskan, sebagai salah satu elemen dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Gapena tidak langsung menghalang perkembangan bahasa Inggeris dalam negara ini tetapi menolak penggunaannya sebagai bahasa pengantar bagi kedua- dua subjek berkenaan.
''Gapena juga mendapati PPSMI mengurangkan penguasaan pelajar Melayu dalam bahasa ibunda selain melemahkan kemahiran pelajar kaum lain dalam bahasa tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Dua Gapena, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dan Setiausaha Satu Gapena, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ketua Lepas Satu Lembaga Perkembangan Sastera Perak, Datuk Khairuddin Arshad.
Dalam pada itu, Abdul Latiff menjelaskan, PPSMI merupakan satu isu besar yang mampu menyokong atau menjatuhkan kerajaan memerintah.
Kata beliau, menerusi kajian Gapena, seramai 3,500 guru Melayu di Kuala Terengganu memilih untuk mengundi Pas pada pilihan raya kecil baru-baru ini akibat kecewa dengan pelaksanaan dasar pendidikan baru berkenaan.
''Ini menunjukkan kakitangan kerajaan sendiri tidak bersetuju dengan dasar PPSMI," jelasnya.
Zainal Abidin pula menambah, subjek Sains dan Matematik tidak sesuai diajar dalam bahasa Inggeris kerana jika seseorang pelajar itu lemah dalam bahasa berkenaan, dia akan menghadapi kesukaran yang lebih teruk dalam kedua-dua subjek tersebut.
''Bahasa Matematik dan bahasa Sains adalah bahasa formula, bahasa rumus sedangkan bahasa Inggeris penuh dengan ekspresi dan kiasan.
''Jadi PPSMI seolah-olah mahu mentransformasikan bahasa Inggeris kepada bahasa robot yang tidak lagi indah dan sukar," ujarnya.
Sementara itu Khairuddin memberitahu, pelaksanaan PPSMI menyukarkan para pelajar di luar bandar untuk bersaing dengan rakan-rakan mereka di bandar.
Katanya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sejak beberapa tahun lalu, pihaknya mendapati ramai pelajar Melayu di luar bandar memperolehi keputusan 5A 3B.
''Lima A itu adalah bagi subjek yang tiada kaitan dengan bahasa Inggeris sementara tiga B merupakan subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
''Jadi kerisauan kami ialah keputusan sebegitu menyebabkan para pelajar berkenaan tidak dapat memasuki aliran Sains dan membunuh cita-cita mereka untuk menjadi jurutera atau doktor," katanya.


mana pegi pembela2 melayu semua?mana pegi NGO2 dan sepanduk2nya?rsanya byk cara lagi nak suh org melayu spiking.kt subjek english sendiri tu pon boleh di tingkat kan lagi..klau dulu,makcik2 kat kg yg x tau spiking boleh ajar anak kat rumah lagi..skrg bile dah jadi mat saleh, dah x boleh ajar anak dah...jgn le 'pekakkan hati, butakan telinga(kalu translate jadi apa ye?)

Friday, February 6, 2009

surat khabar nyamuk

harini dgn bangganya satu paper nyamuk yg ada di setiap negeri, kluarkan kesah pasal mamat yg nak bunuh diri tu. sepanjang2 news tu, rsanya berapa kerat shj yg berfakta..yg lain mmg x de fakta langsung.''saya cuba mengugut untuk meminum peluntur pakaian yang saya bawa tetapi tiada orang yang menghalang malah ada terdengar suara-suara yang menggalakkan perbuatan saya itu''Owh..sungguh sedihnya mendengar....kenapa x cakap pasal scene yg awak g minum benda tu sbb x nak bg guard menghampri awak?''...kalau diperhatikan ia seperti membunuh penagih secara senyap'' so,kalau betul rsa x de faedah langsung, knapa sanggup dtg blk ?kembali saje kepada dunia hitam kamu dulu kalau itu yg lagi bagus...huh, x tau bersyukur langsung..

Thursday, February 5, 2009

bersalah

mlm ni rsa besalah yg amat.masa nk lelapkan mata,trigt2 blk ptg tdi aku ada terkasar dgn satu collegue ni ptg tdi..kesian sgt bile dipikir blk.jahat nye rsa .tp die mmg x besalah sbnrnya..dah le dia tu dikira junior dr aku..yg kiranya mcm budak baru belajar..aku plak buat2 mcm x paham jer..kenapalah aku terjadi mcm itu? yg besalah tdi sbb terlmapu byk sgt hal yg belaku pada satu masa,pd waktu yg salah.,leps tu plak aku tgh geram dgn sorang minah becok ni,tp bukn minah ni yg ada kt depn aku masa tu,tmbah plak dgn level hormon yg x stabil kot..ish2..sungguh bengong aku ni..die plak kebetulan ada kat situ...ya allah,jahat nyer aku nie..knape la tdi aku x berfikir sekejp??bukankah nabi saw pernah berkata bahawa orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaannya ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk....adoilaa...

Monday, February 2, 2009

al kisah clorox


harini, sungguh x sangka dapt tgk cubaan bunuh diri depan mata aku..sungguh terkejut tapi dalam hati sempat lagi berkata,padan muka sbb x sayang diri sendiri . tapi cepat2 aku sedar drp terpengaruh dgn bisikan2 setan yg mmg byk kat situ...
sebenarnya mamat ni dah 2 hari berturut2 membuat kacau dan huru hara kerana berada di bawah pengaruh dadah2 haram dan yg paling obvious adalah benzo grup..dtg dgn keadaan yg lalok, separuh (atau pun suku jer) sedar, x sedar diri..setelah beberapa lama diberi nasihat, tapi x jln so kitorng pon sekdar membiarkan dia kerana makin dilayan,makin menjadi2 kegilaannya..
setelah menjadi makin tidak terkawal,pengawal dipanggil untuk 'menangkap' mamat malang yang tidak sayang diri' itu..
mengetahui dirinya akan ditangkap dan kemungkinan besar dimasuk kedlm wad utk pesakit mental - secara tiba2 mamat malang yang tidak sayang diri' itu terus meneguk KLOROX - dibuat nya macam air mineral.igtkan acah je tetapi mmg minum dengan lahapnya...satu ruang kat situ dipenuhi dgn bau KLOROX..kemudian mamat tu terdiam seketika,aku igtkan tiada apa2 yg berlaku - tiba2 , ada bunyi buweekkkkk diikuti dengan muntah darah yang byk ,yg pekat --masa tu aku sempat berfikir,wuish,sure mati semua kuman2 hiv dlm badan mamat ni...tp tu sekejap je,kemudian aku start nak panik, gelabah dan jadi loya jugak..nasib baik mamat tu sedang diuruskan oleh mo yg bertugas..baju mamat tu pun luntur disebabkan oleh KLOROX dari muntah dia tue..mmg sgt berkesan KLOROX tu,kalau kat rumah buat tonyoh lantai toilet jer..(promo free utk KLOROX)
kesudahannya,mamat tu dikejarkan ke kecemasan dan di admit ke wad.nasib selanjutnya belum diketahui.xp

sebenrnya inilah masalah utama golonngn belia melayu,masalah penagihan dadah yg sudah lama berakar umbi dan rasanya tak akan dapat di selesaikan sampai bila2.walaupn skrg sudah ada option replacement therapy(aku bukn against progrm2 tu smua) , ttp itu smeua hanya la bersift sbg pengurangan kemudaratan shj dan buknyya pencegahan.rsanya masalah ni adalah masalah utama org melayu kita dan ini jugaklah yg akan jadi perkara yg merosakkan bangsa sendiri.kalau lah beratus2 ribu golongan2 ini adalah sihat,kuat,gagah & macho , dilatih jadik bala tentera utk lawan yahudi, ada jgk pekdahnya .bg aku bangsa kita ni x akan rosak dsebab oleh kaum2 lain,ttp disbbkan oleh masalh2 yg sudah berakar umbi yg mmg tak akan ada penyelesaiannya(tiada unsur2 utk berpolitik).dan yg pentg jugk masalah ni perlu ditangani dengn penuh rsa ikhlas,tnpa niat untuk kaut UNTUNG(xkaut untung ni susah skit sbb sape x nak duit kan).n rsa gak,drp duk susah2 nk bg budk2 melayu pndai bahsa org putih,lg bagus buat secra aggresif progrm pendidikan n pencegahan dadah kt budak2 sekolah,sekurng2nya diorng dah dicegah dr awl.utk yg dah trlibt,rsanya lg susah utk memulihkan mereka dn brapa byk kos digunakan utk gol2 ini...